Friday, October 24, 2014

Sakit mata

Assalamualaikum..

Hallu everyone. Hari busy sedunia hari ni macamkan hari ni hari Isnin ye. Atau pun mungkin boleh digelar hari produktif  hehe.. Hari ni juga my princess sakit mata. Huhuhu. Sian princess ibu ni. Nampak teruk mata dia merah. Macam adam hari tu pink2 je. Ni dengan bengkak dan merah mata putih tu. Ambik dia tadi tengah nangis2 baru bangun tido..

Ibu dah titiskan air susu ibu kat mata aisyah. Harapnya mujarab dan dapat kurangkan sakit tu ye.. Sakit mata ni merebak2 dari aqil ke adam ke anak sedara pengasuh then aisyah.. Rasa serba salah pulak sebab macam kita jadi puncanya. Tapi esok ibu terpaksa hantar aisyah juga sebab ibu busy sangat ada tender ep kena buat sambung keje hari ni. Huhu

Ayahnya pulak siap memang sapu2 mata aisyah kasi jangkit kat dia. Tak pernah sakit mata katanya. Hmm.. Tak payah kena pun tak pelah.. Kalau aku memang kata sakit mata tapi effect dia nanti satu badan sakit. Dengan bengkak tekak lagi susah nak telan bila nak makan. Nak sujud tu rasa nak terkeluar biji mata. Kalau sakit sorang2 tak pe, akan kasi effect kat aku gak kalau suami sakit ni. Huhu Aku ni senang je nak berjangkit dengan anak2 ni dah berkepit je kan. Macam minggu lepas siap dah tulis to do list pada t.a ku. Kot2 la jangkit dengan adam. Eh tak kena pulak. Hehe..

Oklah. Doakan kami semua sihat.. Tak nak back to back sakit mata.. Kena kuarantin oo.. Dahlah sabtu ni dan sabtu depan ada kenduri. Takkan taknak datang kot dua2 tu adik dan ipar sendiri. bday nenish plak kan.. Opss lupa kejadian hari ni. Purse aku aisyah buat main semalam. Pastu sebelum nak tido check handbeg takde purse dalam tu. Puas mencari. Tanya aisyah bukan reti jawab pun mana dia sorok. Last2 pegi keje hari ni sehelai sepinggan tak de purse. Hasben cuti. Kemas rumah. Terjumpa bawa tilam kat platforn katil. Alhamdulillah. Lega. Mesti kes terselit masa tukar cadar semalam. Sian aisyah kena tuduh kan. Tu sakit mata agaknya. Hehe.. Ok bye wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails