Wednesday, October 1, 2014

oven plus breadmaker 3 in 1

Assalamualaikum..

Hari ni nak share sikit pasal breadmaker oven yang selalu aku guna untuk buat roti. Al kisah, breadmaker oven ni adalah hadiah dari en suami tersayang. hadiah sebab ibu mintak selepas melahirkan adam. kuikuikui.. apalah sangat nak dibandingkan antara adam dan oven ni kan.. celah gigi je ayahnya boleh kasi hadiah lagi best tapi oven juga yang ibu berkenan. haha. berlagak gila.. aqil dan aisyah dapat hadiah handphone. tapi kali ni kita kasi tukar lah.. diskaun sikit. haha..

Okey2. breadmaker oven ni beli dari AMWAY.. mama adalah ahli amway dan telah memaksa aku menjadi ahli juga. haha. dengan ibu boleh ke paksaan ditolak? kekeke.. tak pelah takpelah, jadi je lah ahli kan. jadi ahli sebab nak harga ahli beli oven breadmaker ni. Heii jangan main-main. banyak kilo dah roti aku buat dengan oven ni.. Actually oven aku dah ada, hadiah kawin opis lama kasi dulu. masih guna lagi kalau nak buat kek. tapi ni lain sikit. oven ni boleh uli roti kau.. nanti aku tunjuk gambar dia kat bawah ni. dia uli je tau roti, bukan boleh jadi roti bun bulat2 tu. kalau roti buku tu memang boleh jadi tapi dah siap masak kena potonglah.. kalau nak buat roti bentuk2, kena gentel pakai tangan selepas adunan siap diuli. 

Very easy maa pakai breadmaker ni.. sebab tu aku dalam pantang duk uli roti. kawan2 tegur napelah buat keje berat time dalam pantang.. tak berat pun syang oii.. aku campak2 je bahan dia dalam tu. Dimulakan dengan benda2 cecair kemudia bahan2 berat2 termasuk tepung last sekali baru masuk yis.. dah siap dia uli (adalah time dia set kan) biar dia naik, kasi tumbuk2 angin kejap, kasi naik lagi, then buatlah bulat2 ke bentuk bunga ke, lonjong ke.. nak isi inti ke, sosej ke, roti kosong ke.. haa.. terus tak pandang kedai roti dah..

Makan roti panas2 memang sedap.. aku kalau balik kampung buat roti dua loyang sap sap soi tinggal sebijik je untuk aku makan. haa. hebat tak penangan breadmaker ni.. haha. dalam tak sedar, aisyah suka makan roti yang aku buat ni. ok2 jom tengok barangnya..

ni rupa luaran dia.. oppss lupa. oven ni boleh uli doh, boleh grill dan bake sekali. lengkap okey

ni rupa dalam dia time nak bakar..

inilah mangkuk dan penguli roti tu..   

isi bahan cecair dulu..

diakhiri dengan tepung dan yis..

tara.. boleh uli.. duduk ko dalam tu diam ye. sila uli sampai elastik :-)  

dalam 15 minit selepas uli, stopkan sekejap, kasi dia sama rata, then sorong balik masuk dalam untuk pengulian yang lebih cantik

adunan yang belum naik.. kasi naik sekali ganda, then boleh bentukkan menjadi bentuk yang disukai

ini roti tabur cheese tak salah aku


siap.. kurang manis sebab tertinggal letak gula -_-

roti apa ntah tapi  butter inside

boleh bakar kek juga. nampak cantik kan.. pandai2 control suhu ye. oven baru panas sikit..


yang ni rekah sikit may be suhu tinggi..

gebunya.. mama gentel ni tu yang licin.. hehe

gebunya selepas dibakar. belum sapu mentega lagi tu

ni roti paun. aku gentel ni. nampak tak senonoh la sikit :-)

roti paun selepas di masak. licin. 

Ok itulah serba sedikit cerita oven breadmaker 3 in 1 aku yang boleh jadi BFF dah lepas ni.. asal teringat nak buat roti je, cek bahan cukup ke tidak. on...  senang ko.. so kalau korang ada rezeki lebih, boleh lah dapat kan satu. nak2 yang baru berumahtangga memang elok adakan benda2 macam ni. memang berguna sangat.. kira tak rugilah beli.. harga sebenar dia RM 1040. tapi kalau jadi ahli mestilah dapat murah kan. kalau ko jadi anak mama aku boleh bayar kali2. haha.. anak punya pasal... ok itu saje perkongsian pada hari ni. 

bye wassalam..





9 comments:

NADIA COMANECI said...

menarik!!! bole masuk loyang max bape inci su?

Suliana said...

nazat, loyang 8 inci boleh. 9 inci pun boleh tapi kena tgk frame loyang tu. kalau rata ok muat, tapi kalau dia timbul2 tepi tu xmuat..

umifarisfarhan said...

terbaik la kak sue!! kagummmm!! :)
*chop fiza bersalin farhan dpt adiah ape eh? hahaha tetibe je..jln2 je la yg fiza request hehehe

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

bestnyerr, kagum seketika.. tetiba termasuk dalam 'my wishlist' dah ni

Suliana said...

Benda ada dpn mata fiza. Cepat je grab. Hehe. Jln2 tgu adam besar sikit la.hehe

Suliana said...

Haha.. Sila sila masuk dlm list :-)

aika iska said...

Kalau ahli bapa harganya yer

Suliana said...

aika iska,

kalau ahli rm 800++

aika iska said...

Tq...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails