Monday, October 13, 2014

Menjelang 6 bulan

Assalamualaikum..

Weee.. Adam dah nak masuk 6 bulan 15hb ni.. Alhamdulillah.. Diam tak diam dah makin membesar anak ibu ni. Masih terasa lagi saat2 melahirkannya. Masih terkenang seriau melahirkan baby GDM ni. 4.19kg untuk dikeluarkan oleh ibu sekecil ini. Cewah.. Kecil la sangat.. Buncit perut ibu pun belum surut lagi adam dah pandai macam2.. Huhu.

Adam dah pandai mengulat. Dah angkat2 punggung asik dok tergolek je time meniarap.. Jauh dah perjalanannya. Sangat takut biar dia sorang2 atas katil. Cepat sangat merayapnya.. Eee seriau la kalau dia jatuh katil. Nauzubillah.. Seingat aku aisyah yang paling awal jatuh katil sebab golek2 time tido. Aqil pula jatuh masa time adam ni kot dah pandai mengulat. Habis lebam hidung dia.. Fobia sangat anak jatuh katil ni..

Lagi, bila dah 6 bulan ni, masa untuk mencuba makanan!! Adam nak makan tak? Nanak? Hehehe.. Adam aku rasa belum menunjukkan tanda2 nak makan kot. Macam tak beria pun bila tengok kita makan. Sibuk makan tangan dia.. Tengoklah kalau rajin ibu buat puree untuk adam ye.. Siaplah ibu mengeluarkan perkakas2 makan untuk adam. Hmmm kena rajin masakla pulak ye. Makanan sendiri pun tak termasak kalau weekdays. Hehe. Tapi demi adam, ibu cuba ye :-)

Baju adam pun dah banyak sempit2. Nak pakai pampers pun dah ligat. Sampai pengasuh minta tukar pakai dry pants. Anak ketiga ni belum usik lagi CD. hehe. Kekangan masa la nak membasuh. Baju lagi dahlah banyak kena basuh rakyat dah bertambah. Ni nak tambah CD plak.. Hmm akan dipikirin. Tapi kalau pakai CD jimat gak sebab aisyah pun belum diapers free lagi.

Ok till now.. Bye wassalam...




3 comments:

Dokter faRyn said...

Comelnyeeeeee Adam. Nak gigit boleh? Hahaha

AMIIZAA said...

cepat betul adam dah nak 6 bulan....lepas nie boleh belajar mamam :):)

suhailey mohd noor said...

Seriau baca pasal GDM tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails