Tuesday, October 28, 2014

Kisah 3 beradik

Assalamualaikum..

Minggu ni terasa cepat je berlalu. Sebab apa.. Sebab ada few date yang dah kena book.. Kursus, meeting etc2. Macam tiap2 minggu lah ada je kena keluar ofis.. Kalau tak ke mana2, boleh siapkan kerja kat ofis kan. Hmm gitu la gayanya.. Tak dan nak cuti2 malaysia.. Tambahan lagi dah hujung tahun, nak tutup akaun la itu la ini la.. Tahun depan je la Cuti2 Malaysia. Hiks...

Semalam bawa adam dibam gi check up 6 bulan. Bawa cucuk sekali. Berat dia naik sikit je 300 gram je jadi 8.2kg.. Oklah normal. Tak payah check up every month macam aisyah dulu. Next check up bulan 1/2015 :-) uishh ramainya orang. Sampai 2.30pm balik nak dekat pukul 5pm. Berkuap klinik. Sebab nak hujan kan. Panas membahang. Tak selesa anak2 yang check up..


Ok. Aisyah pulak. Aisyah sakit mata dia dah nak baik. Tapi masih ada tanda merah. Hampir surut. Lambat gak baik sakit mata aisyah ni. Sian dia.. Makan macam dah ok. Dah mau makan sendiri. Dialah anak yang paling berdikari. Suka 'membantu' di dapur. Suka main garam. Haha. Pelik budak ni. Ingatkan masa baby je pengutip. Now pun suka kutip masuk mulut. kadang duit, kadang kaki lego. Ibu pun tak faham anak dara ibu ni. Apa yang nak dirasa pun tak tahu. Bila marah, tahu merajuk.. Aisyah aisyah..

Story aqil pulak. Minggu ni minggu exam. Dia sibuk nak lego chima. Ibu cakap kalau dapat no 1 baru kasi. Dia konfiden je dapat no 1. Kita bila tengok anak konfiden tapi tak study agak2 berdebar tak. Bukan berdebar sebab gagal exam ke apa. Tapi takut tak dapat no 1 camana nak tunaikan janji lego chima tu. Kalau main kasi je macam tak best pulak kan. Macam senang je dapat. Just wait and see la resultnya camana. Sometimes ibu rindu dengan aqil walaupun aqil ni paling banyak kena marah. Haha.. Anak manja ibu ni. Bila flashback alahai manjanya dia. Sampai kalau aqil kena jerit dengan ayahnya ibu boleh terasa hati. Sian aqil.. Berdokong dengan ibu sampai ibu terpelecok masa pregnantkan aisyah. Sekarang pun kalau nak gi tadika cium peluk macam tak nak lepas.. Manja tak? Meh pang sekali. Haha.. Dah besar makin hitam anak ibu ni. Yelah lahir dulu pun hitam.. Lepas ni pakai sun block gi sekolah ye. Hehe


Eh oklah. Dah larut malam. Adam ni hari ni meragam sikit.. Sian pengasuh jaga dia asyik merengek je. Dahlah virus sakit mata sedang merebak mat rumah pengasuh. Bengkak mata pun masih jaga anak aku lagi. Bukan aku tak nak cuti tapi dia kata tak peeeee. Budak2 ni la pembawanya.. hehe.

Ok bye. Wassalam

5 comments:

Lida Rahim said...

comel2 semenya... pesal tgn adam bertanda tu?

AMIIZAA said...

cepatnya masa berlalu...semua dah besar-besar.....:):)semoga ketiga-tiga budak comel ini sentiasa dalam lindungannya:)

Suliana said...

kak lida,
tu hemangioma.. tanda lahir dia. :-)

Suliana said...

kak miza,

terima kasih banyak2.. amiin..

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Dah besar dah anak-anak Sue..tapi memang sama anak kita..yang sulung manja gile..yang no 2 independent sangat tak tau lah sebab perempuan ke kan..Semoga mereka terus membesar menjadi anak yang soleh dan bijak..Amin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails