Monday, September 29, 2014

random monday

Assalamualaikum..

Happy monday uolls!! Amacam weekend korang.. Best ke. kami melepak2 duduk rumah je. kuar gi makan dan balik kampung. weekend lepas ada tetamu istimewa iaitu mak mertua ku bertandang ke rumah. hehe.. beliau tidur 2 malam kat rumah. saje nak berjalan tukar angin gamaknya.. bawa pergi kenduri jiran nya kat kampung dan bawa pegi makan2 je lah. hehe.. Nak bawa pergi jalan2 makan angin kaki dah tak larat nak jalan. jadi bawa yang dekat2 dan yang senang bergerak kejap2 je lah..

pagi ni buat site valuation pulak. aku terlupa sebenarnya dah janji nak buat valuation hari ni. gasak pakai baju kurung. nasib baik pakai seluar panjang kat dalam nak melangkah tu cover aurat la sikit kan.. berpeluh sakan. balik opis belengas2..pastu pam susu. alhamdulillah. banyak gak dapat hasil pukul 1 tengahari tadi. almaklumlah dah lewat kan.. ni petang pam mesti dapat sikit ni.. ehemm..


keje melambak2 ni.. tak terurus dah rasanya..hmm sabarlah lagi 3 minggu je kawan tu nak masuk dah keje. buat mana yang terdaya je lah.. keje banyak, kuat makan. bersenam kurang. haa.. camana gaya tu.. jumaat lepas ada perhimpunan pagi. setelah setahun lebih tak bersenam (pregnant dan melahirkan) baru jumaat lepas bersenam balik. aerobik gitu. kesan dia, sakit2 badan sampai hari ahad. ni Alhamdulillah dah tak sakit.. makin berkobar2 nak bersenam or jogging. aku tengok kasut senam aku tu eloklagi, tapak pun tak kotor. huhu.. nasib tak melopong tapaknya di makan hari.. 

Aqil pun bersemangat nak jogging tu. siap panjat2 buai adik dia macam panjat monkey bar gitu..tapi apa kan daya, tak mendapat gesaan dan sokongan padu dari tokey besar. layankan golek2 tengok tv, makan dan makan. jangan sampai katil runtuh baru nak berjogging babailah jawabnya. bangkitlah wahai manusia.. hahahah (gelak syaiton)

Eh apa ku merepek ni. okeylah babai. time's up. disudahi dengan sekeping dua gambar lagi, belanja hari senin. bye. wassalam.

budak frozen

mat jelir lidah. hehe.

p/s : boleh plak terdelete post pasal breastfeeding journey adam version. huhu


2 comments:

umifarisfarhan said...

byk nyeee susu kak sue, alhamdulillah..elok sgt la niat fiza , ikhlas nk adiahkan utk kak sue, tggu eh..tgh hr ni fiza poslaju, alamat jiran kak sue tu..hehehe :)
hope u luv it :)

AMIIZAA said...

alhamdullilah semangat akak tgk:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails