Tuesday, September 9, 2014

random : meleleh

Assalamualaikum..

Selsema sedang melanda kami sekeluarga.. Puncanya dari Muhammad Adam.. sorang2 berjangkit. Mula ayah dia, pastu ibu dia, pastu dah kedengaran aqil dan aisyah asik achumm je.. Doakan kami semoga cepat sembuh. Kat ofis ni pun dah terbersin2 meleleh2 dah. asik tutup hidung je dengan sapu tangan.. Aku tak amik ubat.. minum air banyak dan vitamin c. Boleh je nak makan ubat selsema tapi takut termasuk dalam susu ibu ni.. hmm.. selagi boleh natural remedy, nak elakkan ubat. Alhamdulillah dengan ujian ini.. Cuma risaunya kalau anak2 merengek.. hmm.. yang selsema pun boleh jadi segar bugar memarah anak2. huhu

Weekend ni amik cuti jumaat dan Isnin.. Nak balik kluang. hoorey.. aku rasa macam dah lama je tak amik cuti. yelah mana boleh cuti menanggung tugas ni.. lepas raya hari tu memang straight kerja. Letih rasa. tapi kadang tu seronok juga at least aku belajar sesuatu. kalau tak de keje, boring pulak rasakan.. tak gitu.. Sekarang ni aku drive sendiri pergi kerja. tak jadi minah rempit dah. sebabnya kesian kat husband selalu ada 'parasit' menumpang kat belakang, asik dia je lambat punch. aku pulak selamat. haha.. so bila dah pegi asing2 ni, semua tahu lah kena punctual keluar rumah pukul berapa. aku masuk pukul 8, pukul 7.30 tu dah kira cantiklah dah masuk kereta.. husband naik motor, highway baru besraya dah siap, lagi cepat sampai.. 

Kelebihan naik kereta ni boleh dengar siaran motivasi pagi di IKIM fm. rasa pagi2 tu dah ditazkirah. beri santapan rohani lah kat diri masing2.. time balik pun sama. dengar usrahlah, kisah2 nabi lah.. syok juga. semoga lebih melekat dalam hati sanubari :-) mungkin faktor usia. dah tak dengar dah lagu2 duniawi nih. haha.. kalau sebut lagu baru memang tak tahu. yang aku tahu lagu frozen je sebab aisyah selalu nyanyi. hehe..tu pun skrip ntah apa2 dia nyanyi..

Oklah. time's up.. tak sabar nak tunggu hujung minggu.. bye. wassalam.. diakhiri dengan gambar dak dibam yang dah ringan badan dia sekarang ni :-)


seolah2 berkata"jumpa mung dinung" :-)

4 comments:

suhailah hamid said...

Smg cpt sembuh ye..

umifarisfarhan said...

comey angat, :)

nor_farihan said...

alaaa kiutnya adam...moga cepat sembuh akak and family :)

Mila Hilas said...

comeynyeeee baby

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails