Tuesday, September 30, 2014

Princess demam

Assalamualaikum..

Buat kesekian kalinya selepas hampir 5 bulan princess ibu ni tak demam.. seingat ibu, aisyah last demam masa ibu dalam pantang. Pakej dengan gatal2 kulit. klinik last aisyah pergi ialah klinik Foo dekat dengan rumah..

Now aisyah kembali demam. maybe gerak hati ibu tercetus, lama dah anak2 ibu ni tak demam.. tak pe tak pe.. aisyah nak bina antibodi dalam badan tu kan. Semoga aisyah kuat melawan demam aisyah tu.. semalam suhu dia 39 degree.. pagi ni dah turun 37.9 degree masa ibu amik suhu tadi..

Bab makan ubat ni yang menguji kesabaran ni. aishhhh.. memang tak boleh telan ke apa. dia memang dari kecik asik muntahkan balik ubat tu. may be ubat tu pun perisa tak sedap kot. perisa resberi kalau tak silap aku. magrib semalam kasi ubat ok tak muntah. tapi sebelum tidor dan pagi ni, habis dilambak muntah balik. bukan muntah dan dan tu juga, tapi kemudian.. dalam 5 minit elok2 dah telan keluar balik.. geram betul

Ayahnya amik cuti hari ni. kalau hantar rumah pengasuh, memang naik lemak lah aisyah tak nak makan ubat kan. dengan pengasuh tu manja sikit. ikut je cakap aisyah. aisyah pun dah pandai "gaduh' dengan pengasuh dia. hmmmm.. Ibu kerja hari ni. yelah kalau duduk dengan ibu ok je tapi dah ayahnya willing to take a leave :-) thank u ayah daddy (sesuka je main tukar gelaran kan)

Okla oklah.. back to work. Doakan anak ibu princess frozen aisyah humairah cepat sembuh ye. jangan melarat2 demam sian kat adam kecik lagi kalau jangkit. aqil pun dah lama tak demam tu. pagi tadi boleh dia mimpi kencing, maka selamatlah kemcing atas tilam. sejuk agaknya. eloklah bilik kami ada macam2 bau. hukhukhuk.. ok bye. wassalam..



5 comments:

AMIIZAA said...

siannyaaaa....auntie doakan moga aisya cepat sihat ya...

umifarisfarhan said...

get well soon sweetieee :)

Allene said...

get well soon aisyah... cian dia..

entry terkini...Kenapa Homeopathy yang menjadi pilihan???

nor_farihan said...

moga cepat sihat aisyah :)

nur hifzan said...

Moga cepat sembuh princess aisyah.

Jemput ke blog saya, VitaminSuci

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails