Thursday, September 18, 2014

post holiday

Assalamualaikum!!

Seminggu tak ketemu ye.. seperti biasa tuan tanah terlalu sibuk dengan aktiviti kerjanya. dah naik cuti ni ingat boleh berlega-legaan sebab payment dah selesai. rupanya sangkut.. hmm sekarang dah settle setelah beberapa arahan pengarah dah take action. yewww... memang sakit kepala plus stress sikit kalau kerja tergantung ni.. lepas ni banyak lagi kerja menyusul tiba..

Aku cuti dari hari jumaat sampai selasa.. rasa macam tak puas je cuti. ingat nak dating dengan en suami ronda2 berdua, sekali tu, dia pulak banyak kerja. terus hari jumaat tu cuti sorang2, siap2 packing balik johor terus.. hmm en suami u owe me a day :-p Balik kluang hari tu, macam hari raya. semua adik beradik balik.. time ni balik tak de gi mana2, kekangan kewangan katanya.. so duduk rumah menghabiskan boreh dan tepung mama je. haha. buat rotilah, pizza la.. banyak lagi menu yang kami buat. sampai tak sempat nak rasa karipap frozen mama.. sebab time kitorang balik tu, kulit tak buat lagi :-)

Anak2 ku oklah balik kampung jumpa cousins semua ada kan. aqil la paling ligat sekali dan paling banyak kena marah dan kutil :-p sian aqil.. yelah, bila dah ada kawan, lupa diri.. macam2 hal lah budak2 ni.. Aisyah pulak banyak berangan main sorang2.. adik adam dak dibam2 tu biasalah nak berdokong je. letak kejap je tak sampai sejam dia dah mula bosan nak berjalan pulak.. banyak berak pulak tu masa kat kluang. 
princess aisyah. sapelah ajar posing ni

Adam dah 5 bulan pada 15/9.. next week isnin kita cucuk dan timbang ye dik.. hehe tak sabar nak tengok berapa kilo dah adam ibu ni. rasanya tak naik banyak. tapi tak banyak pun dia adalah berat :-p semangat dak dibam ni sampai ayah dia yang gagah perkasa 6 pax tu pun kata tak larat dokong budak ni. ibu juga lah yang kelek anak ke hulu ke hilir mencari rezeki. cewah.. dah mula la merapu tu..

eh oklah saje je nak merepek kat sini. nanti korang lupakan i pulak bila dah lama tak berupdate blog ni. tahun ni tahun paling merudum ye kemasukan cerita dalam blog ni. tak pelah, tunggu semangat tu ada balik :-)

adik dibam dan abang putih
ok bye wassalam

2 comments:

Allene said...

cantik aisyah posing....

entry terkini...bebel pasal selamat pengantin MADU

Lida Rahim said...

comel gambar aisyah tu... leh buh dlm frame :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails