Tuesday, September 2, 2014

My little adorable princess

Assalamualaikum..

Amboi tajuk.. Kemain nak up anak sendiri. Hehe.. Takpelah sekali sekala.. Please bersangka baik ye :-) ni la anak daraku yang seorang. Aisyah Humairah nama diberi. Dah nak masuk 2 tahun 9 bulan. Bulan 12 genaplah dia 3 tahun.. Alhamdulillah. Membesar dengan baik. Syukur pada Mu ya Allah...
Keletah sangat sekarang ni.. Suka tengok upin ipin. Sukaaaa sangat. Jadi kak Ros la, jadi mei mei la.. Sebelum tido pasang upin dulu.. Pandai berlakon.. Hafal dialog upin ipin.. Suka menyanyi.. Walaupun belum bersekolah, dah kenal ABC.. ibu tak sempat nak ajar proper pada aisyah. Tapi aisyah dah pandai sendiri. May be kat rumah pengasuh ada kakak2 yang suka layan aisyah main tulis2 kan..

Boleh dah mewarna. Tak comot okey..kaler dah berapa kotak beli. Ni mewarna ke makan. Huhu. Pandai bawa diri sendiri. Main sorang2. Tapi paling bingit bila aqil suka sakat. Rengekan dia tu boleh menyebabkan aqil bakal kena hanger tuuu. Tapi sekarang tak de hanger dah. Aqil dah besar. Sekali ayah dia jadi tarzan terkebil2 mata dia.

Sayang adik adam dia.. Pandai main dengan baby.. Aisyah ni manja dengan ayah dia. Kalau malam before tido selagi ayah tak tido, selagi tu lah dia kat bawah. Ibu selamat dah melayan adam tido kat atas.  dia kalau tido nak berhimpit. Huhu. Nangis ibu ko bersempit.. Eee.. Bilalah nak besar anak2 ni. Pampers masih pakai lagi tu  tapi size M. Patut dah boleh ajar tapi ibu belum ajar lagi.. Keding je anak ibu ni.. Berat may be 10kg.. Dah lama tak timbang..

Dari segi makan, masih kurang. Ikut mood. Kalau ada orang makan baru nak makan. Kalau tak, kena bersuap. Paksa.. Kadang kesian gak tengok dia.. Anak no 2 kan.. Bila dapat adik, terabai je dia.. Tak pe, aisyah faham kan. Baby girl cepat matang :-) ibu sayang aisyah bucuk manja ibu ni.. Upss dia minum susu lactogen. busuk eh susu ni kalau tak gosok gigi. Berak pun busuk. Huhu.. Berak dah la tak reti nak bagitau. Dia takut orang marah. Masih ada masalah berak taik kambing budak ni. Tapi dah tak menangis dah.. Cuma kurang air je lah..

Ok ok. Nak tido dah.. Ibu doakan Aisyah jadi anak ibu yang baik ye sayang.. Sayang aisyah.. My adorable princess :-) 

bye wassalam..

4 comments:

suhailah hamid said...

Cantiknya aisyah ni...nama pun sedap...smg membesar dgn dihat insyaallah.

Suliana said...

amiin.. tq dear

umifarisfarhan said...

alahai comey sgt, manis sgt senyum
mmg adorable la kak sue :)

nurul aini said...

comelnye aisyah..sk tgk.manis semanis ibunya.hee..kak su, bila nk cite sal susu adam lak?buat pemangkin diri sy nih..haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails