Thursday, September 25, 2014

Hari Sukan Aqil

Assalamualaikum..

Cerita dah lama ni. Tapi mengenangkan gambar hari sukan aqil banyak dalam hp ibu, mari kita jadikan modal cerita. Hehe. Kejadian pada 23/8 di K Club Taman Melawati. Nampak, betapa lamanya ibu perap cite aqil ni. Sian aqil..

tema safari

Bertolak dari rumah 7.30 pagi. Berangkutlah kami 5 beranak siap2 mandi wangi2 dah.. Sampai2 je dapat mihun kosong 2 bungkus.. Tunggu pulak cawangan negeri 9 belum sampai. Sempatlah round2 dulu kat padang snap2 gambar.. Aqil excited sangat. Budak kuat main macam ni lah..

yeay! dapat pingat. hehe..

Acara bermula jam 9 kot tak silap. Alahai comel sungguh tengok budak2 ni buat persembahan. Cikgu2 yang paling semangat sekali. Ibu bapa lagi semangat ko. Beratur nak amik gambar. Hmmm. Malas cite panjang. Tengok gambar je lah yek.


go go aqil :-)

Aqil masuk juga acara. Tapi yang paling aku ingat acara lari berganti2. Laju betul dia lari. Haha.. Dapatlah bawa balik 3 pingat. Campur2 emas ada perak pun ada. Atee.. Sekolahnya 2 cawangan je. Tak dapat no 1, dapt no 2.. Haha.

nampak aqil tak? dia jadi cencorot tu :-)

Time balik tu dapatlah 2 bungkus nasi ayam.. ajak aqil balik. Pukul 12 kot time tu. Adam dah meraung2 dah.. Budak tu bukan boleh jalan2 ni. Si Aqil sudah nampak ada swimming pool. Dalam kepala dia lepas sukan nak main air. Siap stand by baju renang dah. Sekali ayah dia kata balik. Adam nangis. Apalagi drama air mata la dia.. Hua.. Sian aqil. Salahkan adam ye qil.. Hmmm. Sekali tu ayahnya pusing balik. Pegilah main 2 beranak. Ada kawan2 dia semua mandi kolam.. Ibu, adam dan aisyah tinggal dalam kereta.. Orang nak happy2 pun tak boleh adam ni.

opening.

So dapat dia main air kejap. Puas hati. Balik.. Tak dapat ibu pegi beraya dan kenduri time tu. Tapi petang tu maklong & family datang. Ibu jamu.nasi arab home made. Sedap juga. Hehe.. Ok enjoy the pictures below. Kenangan hari sukan aqil 5 tahun :-) hope tahun depan cikgu boleh buat kat tempat yang happening. K club ni tak best. Almaklumlah baru nak tukar new management kot. Macam masuk club berhantu pun ada. Usang. Tapi yang pelik ada gak orang buat event kat situ. Bajet kot. Maybe offer murah.. Tahun depan aqil sekolah yang sama lagi. Ibu siaplah duit. List tahun depan dah dapat semalam.. Huhu..

Ok bye. Wassalam...

3 comments:

Petak Bunga said...

Meriah ni.

Allene said...

lama tak tngok sukan budak2 ni.

entry terkini...Harris getting better

AMIIZAA said...

su, tingginya aqil:):)
aqil sebaya aqish kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails