Monday, September 22, 2014

Adam 5 bulan

Assalamualaikum..

Hari ni ibu bawa adam pegi klinik untuk check up adam. Ramai betul orang kt klinik tadi. Sampai sana pukul 2.30 sebab appointment pukul 3. Dapat no 41. Huhu.. Kebetulan memang time tido adam. Adam agak cranky tadi. Waaa. Sian ibu dan ayah. Berpeluh2 tau nak layan karenah adam sebab tadi pun cuaca bahang macam nak hujan. Panas.. Settle semua nak dekat pukul 5 uolsss..


So apa keputusan dak dibam ni. Hmm berat dia lagi 0.10kg nak ke 8 kg okey.. Eee memang dibam la iye ni. Inject pun tak nangis tadi. BMI statik dengan bulan lepas. Kira ok la.. Alhamdulillah.. Tadi kasi ayah adam pulak pegang adam masa nak inject. Bior ada pengalaman sikit tengok anak kena inject. Ye dop hehe..


Bulan depan nurse cakap adam dah boleh makan. Hooreyy. Tapi kan kali ni ibu tak delah excited sangat nak kasi makan sebab ibu malas nak masak. Hehe.. Kalau ikut sejarah kakak aisyah,penat ibu kelentang kelentung segala buah kasi kukus rebus nak jadi puree, non hado nak makan.. Tapi nak tak nak ibu cubalah juga kat adam kan.. Biar dibam lagi :-) tiba2 terkeluar idea nak beli turbo chef dari tupperware nak blend makanan adam. Blender kering ibu dah rosak. Hehe.. Money money please come to mummy :-)

Perkembangan adam. Dah meniarap pusing2, golek2 dah.. Stage bahaya tinggal atas katil sorang naa.. No no no.. Ini budak bukan kira, guling2 sampai sondol sliding door.. Dah nak mengulat = bontot naik.. Suka makan penumbuk habis masam muka. Suka jelir lidah. Suka nangis kalau nak tido. Itu memang perangai dia yang belum berubah.. Timing tido sekarang ada ubah sikit. Tapi oklah tak kacau ibu tido malam. Alhamdulillah sangat anak2 ibu bukan jenis berjaga malam. Hehe...


Eh oklah. Nanti kita sembang2 lagi naa.. Ni taip kat hp je.  kat opis memang ke laut blog ni. Blogwalking apatah lagi. Nilah penangan bila dah duduk state ye. Keje hakiki tak dapat nak lenggang :-) 


ok bye  wassalam

4 comments:

Aimmie Qistina said...

Salam perkenalan.

Comelnya gambar pakai tuala tu :)

Nanti visit blog saya ye kalau free-free http://zulfahhouse.blogspot.com/

nur hifzan said...

Assalamualaikum. Salam perkenalan.

Bam-bamnya Adam. 5 bulan dah nak cecah 8kg. Saya ada share tips kesihatan kat blog saya, jemputlah datang blog semoga bermanfaat.

www.vitaminsuci.com

AMIIZAA said...

salams sue, lama kak mieja tak bw sini. dah 3 org comel-comel :)

AinulMalik said...

Alahai, comelnya Adam bertuala tu :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails