Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka!

Assalamualaikum..

Lama menyepi tidak bermakna menghilangkan diri. Tapi kerana kesibukkan tugas menyebabkan ruang yang satu ini terabai. Sambil menghayun buaian Adam terajin pulak nak mencoretkan sesuatu. Kejap lagi nak berangkat balik rumah MIL tido sana semalam.. Dengar cerita MIL ada tukang urut nak datang esok. Hmm bestnya. Pucuk dicita ulam mendatang. Lepas habis pantang belum sempat berurut lagi. Sakit2 badan ni.. Yelah tido tak lurus, menyusu anak lagi. Mana tak terseliuh leher sume ni..

Weekend ni tak pergi jauh pun.. Pegi balik area rumah juga. Nak gi soping lama2 pun tak boleh. Adam suka nangis. Timing tido dia selang sejam. Paling kuat dia boleh bertahan ialah sejam. Lepas tu dia nak tido..kalau tido jenis tak nangis xpe, ni nak kena intro ek ek ek dulu. Grrr... Tak adil utk abang dan kakak awak ye adam... Jadi ibu pun memang tak de hati nak gi bercuti long distance kecuali balik kg je..

Oklah.. Selamat menyambut hari merdeka yang ke 57.. Sama umur dgn parents aku.. Semoga kita semua lebih memahami erti kemerdekaan sebenar. Bye wassalam..

1 comment:

suhailah hamid said...

salam kemerdekaan sue :)

mak kita sama umur juga la ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails