Monday, August 11, 2014

latest

Assalamualaikum..

Fuhhhhhh.. tiup habuk kat blog ni. bersawang betul. cewah.. standard ayat blogger bila time tak update blog. hehe.. sejak balik dari cuti bersalin, kerja memang bertimbun di samping menanggung tugas rakan kerja yang bersalin.. kerja bertingkek-tingkek gitu. jadi memang tak sempat, tak de mood nak layan blog. nak baca blog pun tak sempat. hari ni je berkesempatan sikit sebab tak pegi mana2 lunch. tadi ada makan2 raya kat unit arkitek.. terus kenyang. dah beberapa hari tak buka purse. kekekeke..

Cerita hari raya pun tak sempat nak blog. mesti diblogkan nak jadi kenang-kenangan gitu.. yang lagi haru, dah seminggu dah berlalu, baju balik kampung masih dalam beg..hehe.. inilah penangan anakanda adam yang budiman.. memang bos sangat budak kecik ni.. that's why la tahun ni macam close house je. kuih raya pun tak masuk balang. makan sendiri je.. nasib baiklah memang tak beli sangat kuih raya..

adam menjelang 4 bulan

Anyway, lagi beberapa hari adam akan berusia 4 bulan. hip hip horeeyy.. alhamdulillah.. perkembangan semasa dia ialah dah pandai meniarap, dah pandai main air liur - rambut ibu pun dah mula berguguran ye, dah pandai gigit walau pun tak de gigi. suka makan tangan. kalau orang dokong dia, habis basah baju dan bahu kena makan dek adam. hehe.. dan paling pandai sekali meraunglah. ya Allah dak dibam ni memang bingit suaranya.. dia nak menunjukkan dia protes kot.. mula2 meraung macam nak terkeluar anak tekak sambil lembikkan badan dia, bila senyap boleh pulak senyum2 macam tak de apa yang ko jeritkan tadi eh. ee geramnya... *rindu adam*

3 bulan setengah dah boleh meniarap. tengok baju dah nampak perut. pampers saiz M.

manisnya muka.. cer nangis, tengok sikit manis ke idok.. 

Malam tadi baru berkesempatan lipat kain yang dah bertimbun.. Alhamdulillah habisssss.. time adam tidur, orang lain dah mula tarik selimut, aku masih lagi menyelesaikan isu kain yang tak pernah habis. baju budak2 la yang leceh sekali. dah la kecik2, banyak pulak tu.. aku lipat kain ditemani anak dara.. aisyah jenis tidur lambat. lebih2 lagi dia dah tidur petang sampai maghrib kot.. jadi burung hantu kejap. bila orang nak tidur dia masih terkelip2. terkejut aku dalam gelap ada orang duduk kat kaki. slow2 tengok aisyah rupanya. nak tidur sebelah ibu. ok boleh je.. jangan tinggal air liur basi sudah.. huhu.. tapi bila dah pagi, ntah mana2 bergolek budak2 ni.. 

Aqil pulak malam ni dah start balik mengaji dia.. insylh kalau tok gurunya tak gi beraya.. atok belikan dia basikal baru.. semalam pegi klang amik beskal. kita tengoklah jauh mana peginya beskal tu. ntah2 duk berhabuk kat porch je tak de kawan main. masih roda tiga lagi :-) 

masih pujaan ku.. 

Oklah.. nanti kita update pasal raya pulak ye. kalau berkesempatan. bye . wassalam..

2 comments:

  1. lebih kurang sebaya la anak kita ye. anak sue no 3 ni girl. smg Adam membesar dgn sihat.

    salam perkenalan dr sy sue sihatitunikmat.blogspot.com.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...memang adorable si Aisyah...dan encem Aqil...;-)
    Semoga semakin bahagia hendakNya, Amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails