Wednesday, August 13, 2014

gambar raya 2014

Assalamualaikum..

Semalam dan hari ni adalah hari cirit birit ku. tak tahulah silap apa makannya.. maybe tak tahan termakan wasabi yang pijar gila sampai terasa kepedasan nya naik ke hidung dan kepala. terus tercirit okey. dan hari ni belum baik lagi gelodak perut aku ni.. huhu

tapi tak pelah, cobaan je semua ni. muhasabah diri.. ha.. nak tunjuk sikit je gambar raya kami. hehe.. ada banyak keping tapi tunjuk 3 keping jelah. ingatkan nak amik gambar kat studio elok sikitkan. tapi mengenangkan nak kena bersiap pakai cantik2, berangkut lagi ramai2, tak jadi. adik aku pulak tak bawa balik kamera besar dia. so panggil jiran aku seorang fotografer a.k.a bff adik aku untuk amik gambar kitorang semua. hehe.. masa ni tak cukup korum dah. kaklong dah balik klang. jadi sape2 yang tinggal je lah. aku bagi dia 50 hengget je. haha.. tu pun malu2 nak amik. kalau tak dia tak nak bayaran. yelah snap2 je pastu transer kat pc.. 

gambar raya kami 2014

gambar 'mesraaaa' kami. haha

yang ni gambar sebelum beraya ke rumah nenek.. kamera hp je. 

Tahun ni ada lah kenangan pakai shawl. beria soping di ariani.. boleh tahan lah juga harganya. padahal kalau tengok berlambak je yang RM10 punya shawl. tapi tak pelah, saje nak merasa. masa tu gila soping. sampai sekarang pun gila soping tak habis lagi, ntah ek hormon bersoping masih menebal kekdahnya. tapi ongkos je sangat menipis. lebih2 lagi bulan depan aku kena potong elaun kritikal yang telah dipakai semasa dalam pantang. 3 bulan tu... sama dengan monthly payment myviku. huhu.. 

Eh, lupa nak bagitahu. tudung ala2 pearl haya bertingkat2 tu aku beli kat dalam fb. Dynur collection.. ok sangat. labuh dan sepadan dengan warna baju aku. hehe.. tapi muka je besar, kena pakai pin. 2 sekali aku beli, hasut sekali mak aku, dia pun kalau boleh nak amik semua kaler. haha. tapi last2 amik 2 helai je. kalau ikutkan idamanku memang nak beli pearl haya tapi tak berkenan dengan kaler dia. banyak naw kaler. last2 aku kirim ngan mak aku jelah sebab kalau dia beli aku berkenan je. 

Ha tu jelah nak story.. raya tahun ni biasa2 je. seronok berbaju baru lebih2 lagi bila lepas bersalin. hehe.. Alhamdulillah, moga kami dapat hidup tenang bahagia sampai ke akhir hayat. amin.. note to myself. tahniah untuk en suami. yang ditunggu telah pun dapat. semoga lebih berjaya ditempat baru, dimurahkan rezeki. sungguhlah orang kata setiap anak ada rezekinya. kalau macam ni nak beranak ramai2 lah. haha.. mana tahu lepas ni aku pulak dapat naik pangkat :-p

bye wassalam..


10 comments:

suhailah hamid said...

Assalamualaikum.

Nice picture hari raya. Selamat hari raya dari sy sue.

Alhamdulillah tahniah ataz rezeki en suami.

Salam kenal dari sue :).

Jom singgah blog sy sihatitunikmat.blogspot.com

Nurulhuda Abdul Latip said...

Cantik laaa, serba pink dan sweet jer..Amboi baby tu bulat betul yea

nor_farihan said...

cantik baju akak yang gambar last tu hehe...akak jemput mai singgah blog Dik An...

http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com

Suliana said...

terima kasih. salam kenal juga :-)

Suliana said...

ye tq sis :-) baby tu mmg bulat. lenguh tgn dokong dia :-)

Rizziela said...

Cantik

umifarisfarhan said...

statement terbaik :)

betul tu setiap anak ade rezkinye, kene beranak ramai la mcm tu, kot pasni kite plak naik pangkat haahaha

Elya Roza said...

sama kite sis!! hari cirit birit sedunia 2-3 hari ni....aiyohhh

MasReena said...

Selamat Hari Raya kak :)

nurul aini said...

wah tahniah tuk husbn akk.pasni turn u la plak.huhu..husbn akk blk jkr ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails