Friday, July 25, 2014

Selamat Menyambut Syawal 1435H

Assalamualaikum..

Hari ni aku tinggal sorang kat opis. lepas lunch tadi semua orang dah balik, termasuk bos aku. aku ni pegi sogo. last kopek la ni kan. konon nak cuci mata. sekali tu tempat pertama aku pegi ialah customer service nak redeem voucher. lama tunggu sejam lebih.. 47 orang menunggu.. sekali tu terjumpa akak senior opis lama. sejam menunggu tu tak rasa lama pun habis borak. hehe.. berbaloi la aku tunggu bila mana dapat voucher sogo RM 180. hooreeyyy.. alhamdulillah. terus panjang langkah aku nak gi belek beg raya. kekekeke.. aim beg lain tapi tiba2 ada new arrival. hmm..tak pelah, pejam mata je la amik yang tu. setahun sekali.. huhu.. 

Tadi pagi dah last minit kan ada je payment la final akaun la.. adoi nak bertenang2 sebelum cuti pun tak boleh.. kelam kabut dua hari ni. memang hecticlah lepas naik kerja ni.. siap menanggung orang lagi. turn ofismate plak bersalin. ada 2 orang lagi tunggu turn.. 

Oklah last but not least. aku nak ucapkan selamat menyambut syawal yang akan tiba. semoga selamat pergi dan selamat balik. beringat2 pada hari raya ye. Ingat pada insan2 yang ditimpa musibah. hati2 bawa kereta. semoga dengan berakhirnya ramadhan tahun ini kita akan lebih istiqamah. membawa perkara2 yang dilakukan semasa ramadhan kepada bulan2 yang seterusnya. untuk diriku juga, semoga aku akan istiqamah dalam perkara2 yang aku lakukan. amin.. eh.. minta maaf zahir dan batin sekiranya ada salah silap ye. ada terasa hati ke sepanjang korang membaca blog aku ni..

bye. wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails