Monday, July 21, 2014

persiapan raya tahun ni

Assalamualaikum..

Nak cerita pasal persiapan hari raya tahun.. Alhamdulillah persiapan raya biasa2 je. ala kadar.. tapi selagi tak raya selagi tu la duk ulang alik pergi window shopping. window2 pun ada gak sangkut satu dua :-) ni ada lagi wishlist tapi pendam dululah. haha.. kalau ikut sedap mata memang nak rembat je tapi pikir nak membayar tu nanti lepas raya.. ada yang bankrup ni..

Dari segi baju raya anak2 dah settle dah. pakai je apa yang ibu beli. baju raya ibu pun dah settle amik kat tailor. Alhamdulillah maybe dah jumpa tailor yang best dan yang penting murah. terima kasih pada officemate yang perkenalkan. sedap pakai sama macam baju contoh :-) baju suami, recycle tahun2 sudah. hope muat lagi la ye bang. tema tahun ni pink. mengikut tema baju melayu suami yang ada. haha. baju kurung aisyah special sangat tahun ni sebab ibu yang jahit. hooreyy.. tapi tak siap jahit leher lagi. ada 3 pasang tapi 2 je dah siap, 1 lagi belum cantum. tapi baju aisyah tersingkat sikit. hehe. tulah ibu ukur camana ntah ingat anak dia ketot lagi. padahal dah meninggi la aisyah ibu ni..

eleh malu2 pulak anak ibu. motif hitam putih? tak nak kasi orang tengok kaler baju kita la tu :-)

Baju melayu aqil ingatkan nak recycle je tahun lepas punya. tapi bila jalan2 kat jln tar murah pulak tu, beli je sepasang RM 60. kalau upah jahit dah berapa. cuma kena alter pinggang dan labuh seluar je lah. sekali tu, dapat pulak baju adam. ye.. adam 3 bulan dah boleh pakai baju raya. hehe.. tapi biasalah labuh tangan dan seluar, kena alter juga tu. nanti ibu jahit lipat. kalau potong sayang, mana tahu boleh pakai lagi kan.. baju adam RM 40.. suka suka. kami semua pink tapi tak sekayu la. tone warna lain2.. tahun ni mata aku tengok purple je. asal nampak purple rasa cantik. kalau dulu2 warna hijau, warna merah.. tu sebab tahun ni aku beli shawl purple nak matchkan dengan baju raya :-) ok ber shawl tahun ni, tak tahula rupa camana merebeh ke dah ada anak kecik ni. huhu..

Baju raya untuk mama, ayah dan mak mertua dah settle awal2 lagi. Alhamdulillah kalau aku yang pilih mesti diorang suka *mata ke atas* happy kan bila orang suka barang yang kita kasi. lega.. kuih raya pulak, memang tak dapat buat tahun ni memandangkan situasi beranak kecil yang memerlukan perhatian penuh. cewah.. tak dapatlah buat kuih raya tahun ni. tak dapat buat kuih cendawan yang kalerful tu. huhu. kalau dapat buat mesti aqil bangga. kekeke.. mesti dia yang makan lebih.. aqil aqil..

Perabot baru tak de. alas meja baru adalah. hehe. semalam baru recycle langsir. tempah masa pantang aisyah. dah nak masuk raya ketiga la tahun ni. gilir2. langsir rumah aku ada 2 je. insylh kalau ada rezeki lebih tahun depan langsir barulah ^_^ berangan tak salah, tak kena bayar kan . hehe..

alas meja jusco. sekarang pun dah comot2 dah. beli ni sebab sakit hati tengok semut suka naik meja tapi ada alas pun masih bersemut. geram..

Eh lupa. kasut baru mesti ada. haha. tu penaik semangat tu nak pergi kerja. aku ni jadi gila soping sebab faktor utama ialah baru lepas cuti 3 bulan kan. takleh nak sopin sangat. so bila dapat kuar rumah, tentulah haru purse i ni :-p

kasut raya tite :-p

Raya tahun ni, tentu sekali beraya rumah mertua dulu.. pastu baru balik kluang. dah apply cuti sampai isnin. minggu ni tak cuti.. semangat nak raya tak datang lagi. lagu raya pun tak dengar. #keep praying for MH370_ MH 17 and Palestina

oklah. bye wassalam

3 comments:

PetakBunga said...

tahun ni kita tempatlah.. 1st time kan beraya sekeluarga..

nor_farihan said...

Alaaa comel nya aishah hehe...

ietams said...

cantik kasut raya tu su!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails