Thursday, July 10, 2014

#kongsi idea

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua! Minggu ni minggu terakhir aku beristirehat di rumah. Minggu depan dah mulalah rutin hidupku untuk kembali menjadi career woman sepanjang hayat.. 28 tahun lagi kerja ye.. kelas kau.. eh kuota cuti bersalin ada 2 bulan lagi kalau bersalin lagi lah. haha.. seram je bunyinya.. tetiba best pulak jadi surirumah ni. tapi make sure anak hantar rumah orang. haha. so apa makna jadi suri rumah kalau anak tak jaga.. kann..yolah, berangan nak menyendiri memang tak dapatlah kan. baik pegi keje, dapat gak hasil.. aktiviti aku duduk rumah tak delah buat apa sangat. tapi start dari jam 3 petang aku dah mula sibuk..pukul 3 tengok tv, pukul 4 dah start masak2.. kalau lambat2 nanti anak2 dah balik kecoh la.. tak pelah masak awal sikit, dapat rehat awal..

Menu bulan puasa ni biasa2 je. ikut permintaan suami kalau ada (selalunya tak de) dan ikut tekak aku terliur nak makan apa. haha.. selalunya kalau pegi kedai tu memang agak bahaya juga. sebab tengok ikan ke ayam sume nak beli.. ingatkan bahaya di pasar ramadhan je, tapi bahaya ada di mana2, jadi pandai2 lah control nafsu.. kejap lagi nak pegi kedai/pasar segar.. nak jengah2 la apa yang ada. lauk dalam peti semua aku dah fully utilised.. alhamdulillah, memang nak elak pembaziran. kuih muih pun tak beli. kalau ada pun, pengasuh aisyah yang kasi. kalau rajin buat sendiri.. jadiklah.. minggu depan dah start kerja tak tahulah rajin ke tidak masaknya.. tengok tahap kepenatan camana.. :-p meh sini nak kongsi menu yang telah aku masak sepanjang bulan Ramadhan. kongsi idea ye, untuk kawan2 yang dah tak tahu nak masak apa. bukan nak kasi korang terliur. kalau terliur silalah masak sendiri..

kek coklat moist. resepi dari nadia suka masak resepi ni senang sekali sebab tak payah keluar perkakas banyak sangat. godek2 je dah jadi adunan. cubalah.. ternyata sodap :-) aku try pakai oven noxxa untuk bakar kek ni. Alhamdulillah jadi. tapi maybe suhu dia kena rendahkan sikit sebab kering sikit kek kat tapi..

udang masak tempoyak. ni aku belajar dari MIL ni. tapi aku dah lupa sebenarnya resepi dia, aku main agak2 je lah. tempoyak 2 senduk, cili api 1 sudu besar (ikut tahap kepedasan korang suka), kunyit serbuk 1 sudu kecil (ikut korang nak warna camana), bawang kecik 2 biji dihiris, daun kunyit yang telah dikoyak dan simpul.. gaulkan semua atas periuk. dah sebati baru letak atas dapur. masukkan udang. nak pekat ke nak cair ikut suka. kalau nak cair tambah air sikit2. tapi MIL aku buat gaya gini lah. pekat.. mewah tempoyak agaknya. tambah garam dan gula. kalau durian baru may be tak payah banyak sangat gula.. then siap! kepala udang memang tak buang, tapi otak dia buang la yang kuning2 tu dan urat hitam kat badan dia. sedap kepala udang buat ratah2 :-)

kari kepala tenggiri. ni menu masa adik aku datang rumah. ajak dia sekali buka kebetulan nak amik barang bawa balik kluang. sonang je masak kari ni.. sape nak resepi bagitahu ye.

mee goreng. ni menu orang tak bangun sahur. jadi malas nak masak beria tak larat nak berdiri lama2, nasib tak flat je.. mee goreng jelah.. sepatutnya basah, tapi masak awal time buka dah kering. tapi hasben aku suka yang kering rupanya.. kosong je mee ni ada hati dan pedal ayam serta udang, fish cake dan taugeh.. 

mee kari.. haa. special mee kari ni sebab nak kasi jiran tu yang sempat dressing bagai tu. hehe. mee kari ni pun senang je.. kejap je masak dia. cuma proses celur mencelur tu la leceh skit tapi ok je. work smart ok. baru tak penat basuh pinggan dan perkakas dapur tu. kalau hiasan2 dia yang nak kena celur ni, aku kukus je.. letak dalam kukusan tupperware asing2 la togey, sawi etc then dalam satu masa dah siap kukus. tak delah lecur sangat kan.. last sekali baru celur mee kuning tu kejap.. dah, senang kerja..

Setakat bulan puasa ni, instinct bahan2 perasa aku semuanya kira ok. tak de terlebih masin ke apa. kurang sikit tak pe, eloklah kan.. Alhamdulillah.. bukan nak kata expert ke apa, tapi practice make perfect. kena selalu2 masaklah baru jadi. ye tak. kalau bulan puasa, si pemakan kenalah terima orang berpuasa, camana nak rasa kan. hehe.. jadi terlebih terkurang makan jelah.. jangan cakap banyak.. aku pun bukan la terer benar masaknya, masak untuk keluarga je pun.. korang pun masak juga, cuma tak tayang je kan. hehehe..

eh okla. time's up.. bye wassalam..

p/s : jom sama2 bantu apa yang patut dari segi kewangan, tenaga atau doa untuk umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.. Doa Qunut Nazilah 






5 comments:

NADIA COMANECI said...

thanks backlink..
mee goreng yg kosong tu nampak sedap!! hihi

nor_farihan said...

sedap sedapnya akak...dik an terliur tengok kek coklat...owh ye akak jemput2 lah ke blog dik an...dik an suka hapdet resepi jugak...mana tahu boleh tukar2 kan ? :)

lovely said...

sedapnya..

suhailas sudin said...

sedapnya mee kari.....

~MommyAqilMedina~ said...

Sedapnya udang tempoyak tu..terliur sudah..rajinnya Su masak..macam-macam pulak tu..paling tak tahan nanti nak cuba udang masak tempoyak..mesti ter angkat..hehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails