Monday, July 21, 2014

cabaran beranak kecil :-)

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua :-) Semoga hari ini memberikan 1001 keceriaan buat anda. Tapi bila baca di newsfeed fb dan paper rasa macam geram betul dengan cerita semasa especially kes MH 17 dan rakyat Palestin. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk mereka dan umat Islam di dunia ini.. Semoga doa kita dimakbulkan Allah Taala.. amiin..

Okey okey. cabaran aku di bulan Ramadhan beserta dengan karenah orang2 di sekelilingku especially my family. ni bukanlah entry mengeluh ke apa tapi sekadar luahan perasaan. hihi. terutamanya si kecil muhammad adam dak dibam dibam tu. haa. kalau sebut nama dia kena ada lagu sikit :-p hailah budak dibam ni boleh buat ibu dan ayahnya lembik tau.. ni bulan2 puasa ni memang tak de kudrat sangatlah nak melayan karenah meragam si kecik.

Ingat hujung minggu boleh relax, tapi kena dera dengan adam. huhu.. Dia kan tidur sekejap2 nak kena berenjut je..tak boleh bunyi bising2. aaa.. bilik bawah tu memanglah penuh aktiviti kami kat tingkat bawah. sian abang dan kakaknya dah tak boleh bising2 lagi. asal bising kena marah nanti adik bangun. huhu. aku buat kerja kat dapur pun tak de bunyi pinggan mangkuk sume. ok yang mana nak kuar bunyi tu kuarlah kan. terpaksa. huhu.. sebab tu dah seminggu masuk kerja ni takde dah #kongsiidea dalam fb or ig. kalau ada pun gambar beli semua. hehe. semalam buka kfc je..

Nak tidur memang kena nangis2 ke dik.. tensen mak. dah sumbat nenen pun tak jalan, sebab dia tengah meraung. cer tengok lelangit dia tinggi, orang kata kalau lelangit tinggi suara nyaring. memang itulah suaranya. bingit. jadi memang kena bawa round 1 rumah sambil terhenjut2. hehe..bila dia diam je terus sumbat nenen. gitu.. dengan kita sekali kena baring dan zzzz terus. camana nak masak tu. camana nak buat house chore. haa.. jadi kena pandai curi masa.. tapi bila lepas magrib dia dapat tido memang "this is my son" hihi. sebab tidurnya akan sampai pagi.. kalau tengah ngamuk2 tu "ikut perangai sapelah ni!!!!"

Masa balik kampung hari sabtu. dalam kereta pun sama jugak melalak. kalau abang dan kakaknya naik kereta semua tidur. ini tak. terbuntang matanya. time dia dah ngantuk time tu lah start la gurindam dia tu. takkan nak gantung buai dalam kereta kot. haha. tak dapek nak bayang kalau gitu.. bawa lorilah macam ni. haha. adam adam.. harap2 sekejap je lah perangai "baik" adam ni ye.. tak lama lagi nak raya ni, janganlah cranky sangat ye baby :-)

"apa ibu bising2 ni.. adam nak tido je buat perangai baik macam tu "

ok bye wassalam

4 comments:

  1. begitulah karenah anak kecik nie...sabarlah byk2 Su, insyaallah nanti beransur ok lah...tapi ikut keadaan gak, klu dah namanya hero/ratu air mata tu memanglah suka menangis...saya dapat seorg nie, Husna namanya..hihiii...

    ReplyDelete
  2. Alahaii..kesiannya ibu n ayah kena buli dengan Adam..Adam jadi good boy eh..kesian kat ibu n ayah..

    ReplyDelete
  3. heheh..

    kita rindu nak ada baby lg
    rindu bau baby
    eh! semuanya la..
    tp lom rezeki lg

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails