Thursday, July 17, 2014

berarak lagi

Assalamualaikum!!

Hallu everyone.. tadi time rehat mengheret kaki ke Jalan TAR. satu kewajipan setiap kali di bulan puasa. selagi tak raya, selagi tu lah duk sakan berjalan. mujur opis tahun ni jauh sikit dari Jalan TAR. kalau tak, hmm ada je nak mencuci mata.. tapi tadi destinasi ke JAKEL. turun kat masjid Jamek. temankan kawan beli baju melayu ayahnya. aku pun tiba2 plak dapat 2 pasang baju melayu adam dan aqil :-) adam pun ada baju melayu tau. may be besar sikit tapi ok what untuk amik gambar di pagi raya. hehehe.. dua2 baju aqil dan adam RM 100. warna pink tapi ada lari sikit la tone dia. tak pe, asal nampak sedondon. gitu :-p 

Ni dah hari ke 19 Ramadhan.. Dah hujung2 ni mula dah terasa letih. sampai pagi tadi buat kali kedua terlajak sahur. kes bertangguh bangun la ni. sedar2 je dah masuk subuh. huhu. redha je lah.. pagi lagi perut dah berbunyi.. makin petang, makin haus. Lebih2 lagi bila dah masuk kerja, terasa keletihannya. letih otak membawa kepada letihnya badan ni.. Menu berbuka pun tak lalu nak fikir dah nak masak apa.. semalam beli je lauk sup ekor. sedap. dan semalam juga pertama kali menjengah ke bazar ramadhan. tapi tak beli, tengok je sambil tunggu order sup ekor tu..

Hmm tengok dari jauh pun dah terliur. lebih2 lagi air bewarna warni tu.. hasbenku lebih terliur kepada durian. asal nampak durian nak beli. hmm belilah. aku tumpang sekaki..tapi tak boleh simpan dalam peti ais, nanti berjangkit dengan susu adam baunya.. 

Eh oklah. later will update again. bye. wassalam. selamat berbuka puasa. hati2 di jalan raya :-)



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails