Monday, July 7, 2014

3 anak soleh

Assalamualaikum..

Entry pembukaan untuk bulan Julai 2014.. Alhamdulillah hari ni kita dah berpuasa 9 hari ye kawan2.. Syukur.. belum tinggal puasa dan sahur lagi :-) tahun ni insya-Allah puasa penuh lagi.. yekyek je. confident sangat la tu.. Apa nak cerita ye.. dah seminggu tak berupdate. gambar tu setiap kali masak asyik snap je. haha.. pastu peram buat penuh memory card :-p ok tak pe. kita cerita pasal anak2 ku je lah yek..

Si sulong - Muhammad Aqil

Dah 5 tahun. Alhamdulillah dah boleh baca sikit2.. mengaji dah iqra 4. tapi nak suruh pegi mengaji macam2 janji kutaburi. haa.. ikut mood dia. ni sebulan tak mengaji sebab ustazah gi terawih malam.. bila suruh mengaji di rumah memang bertuahlah kalau dapat.. suka berkawan.. selalu ajak anak jiran main. kalau dah time nak buka budak2 tu balik la rumah dia. dia nak ikut pulak..siap kata aqil bosan la duduk rumah ni. pindah rumah lain la. hehe. tergelak aku dengar.. selalu jadi sasaran kemarahan ibu dan ayah. sebab dia suka sakat adik. kalau adik salah dia juga yang kena marah, sebab aqil kan abang haha.. sulung tapi manja.. poning makcik.. ada je nak itu nak ini.. mainan punyalah banyak.. ni tengah tuntut lego. koser mak. benda tu kan kecik2. nanti aku juga yang sakit jiwa mengutip.. sayang aqil anak manja ibu..

anak bertuah dan anak yang soleh. kena cakap yang baik2 kan untuk anak :-)

Si kakak - Aisyah Humairah

2 tahun 7 bulan. Always wanna be like princess.. sekarang kan musim frozen.. alahai duk ulang pakai baju frozen aje.. tak frozen, baju princess disney yang lain.. garang kakak ni.. kalau kita marah, dia lawan balik.. solutionnya kena cakap baik2, baru dia lembut. hmm..masih pakai pampers lagi. tapi dia tahu geli. asal kencing nak suruh salin pampers. makan masih menjadi masalah baginya. oklah tak delah masalah sangat tapi badannya kecil. baru 9kg.. underweight..kalau di ajar ABC bolehlah. tapi masih belum faham.. nak ajar ngaji pun tak faham. kita ajar dia, dia ajar kita balik. pening mak.. Suka berangan jadi cikgu.. hehe.. nanti dia pegang buku, diri depan tv, dan cakap sorang2.. jadi kak ros atau cikgu jasmin dalam upin ipin. hobi terbaru suka sangat tengok upin.. suka sangat main playdoh.. dia ni ada habit baby lagi. hari tu dia masukkan playdoh dalam hidung. ku ingatkan hingus hijau rupanya playdoh. nasib baik playdoh tu jenis kena air dia mencair.. kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan hidung dia.. dengan adam pun kena hati2. semalam dia suruh adam makan polistrin. dah masuk mulut pun. bila difikirkan macam tak habis manja lagi aisyah ni.. dah kena marah dengan ibu.. ibu sayang aisyah.. 

my little princess.. anak solehah ibu

Si bongsu (iye ke bongsu) - Muhammad Adam

2 bulan 3 minggu.. Alhamdulillah. makin berisi adam ni.. berat 2 bulan 6.35kg.. semangat.. bantal peluk ibu yang terbaru.. anak patung kegemaran seisi keluarga. time dia baik perangai, suka sangat. time dia nak tidur ya Allah rasa "anak sapa la ni". haaa.. dia kalau nak tidur atau tak cukup tidur, meraung tak berenti. nak kasi nenen pun rejek. kena bertenang dulu bawa jalan2 baru ok.. ni dipanggil mat buai atau mat tak boleh bising. haha. tak boleh bunyi pinggan or sudu mulalah berjaga. ni dah seminggu hantar rumah pengasuh sama dengan aisyah.. oklah.. cuma pengasuh pakai buai yang enjut auto tu.. me no like tapi tak nak susahkan orang memandangkan keadaan anak kita pun payah juga untuk dijaga. kalau aisyah dulu pokpok je atas lantai dah tido.. Apa-apa pun ibu doakan adam sihat2 selalu, membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh. ibu sayang adam juga.. serius  boy yang dah pandai borak2 dan mula senyum2.. tapi suka teleng ke kiri. may be dari dalam perut macam tu kot sebab telinga kiri dia dulu macam berlipat.  now tengok macam dah ok.. Adam juga minum susu ibu. meneruskan legasi abang dan kakaknya. alhamdulillah.. later will story about precious milk..

adam anak soleh yang comel.. 

Ok tu je nak share untuk hari ni. nak solat dan prepare untuk menu petang ni.. Selamat berbuka. hati2 di jalan raya. semoga kita mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.. amiin.. bye wassalam



2 comments:

nor_farihan said...

salam ramadhan kak hehe :)

~MommyAqilMedina~ said...

Salam Ramadhan Su..Seronok baca kisah anak-anak su..Aisyah tetap like princess..ayu je..mesti lemah lembut ni..hihihi..Aqil Su sama dengan Aqil Aida..sangat manja..tapi mendengar kata lah jugak..takut buat salah, kalau salah cecepat 'sorry mommy'..hehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails