Friday, June 20, 2014

tolong report page memalukan ini

Assalamualaikum..

Salam Jumaat.. Semoga kawan2 berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah.. kami sihat2 sahaja Alhamdulillah. nak menulis blog pun terpaksa mengalah dengan anak sebab dia conquer telefon kita. nak buka laptop malas.. Sebelum bercerita lebih panjang, ingin minta jasa baik kawan2 untuk report satu page kat fb ni iaitu Hamil Bertudung. ni page lucah yang telah mempergunakan gambar2 ibu mengandung dengan komen2 berunsur lucah. please please please.. gambar aku termasuk juga dalam tu. hantu betul diorang ni. huhu

Aku tahu dah 3 hari lepas kot. kawan kepada adikku bagitau. pastu ada hamba Allah emel. kawan sek lama pun ada msg di fb. yang whatsapp pun ada. tq so much for your concern.. aku pun dah report tapi pihak fb bagi standard statement dia je lah. so kalau sesape yang tahu macamana nak hack page tu silalah berbuat demikian. buat malu je.. so moral of the story jangan upload gambar kat tenet. aku punya gambar dari blog ni la. huhu. lepas ni misi mendelete gambar perseorangan. gambar ramai2 tak pe lagi. kalau nak letak gambar, letak sayup2 je. huhu. dah kena batang hidung sendiri baru nak bertindak..

Tapi kan peliknya page tu tahun lepas punya apasal sekarang baru nak timbul? lagi memalukan ada juga kaum hawa yang mengomel kat situ. dah desperate sangat ke apa? buat malu kaum je.. komen2 lucah kat situ menjatuhkan maruah je. gambar tu biasa je tapi bila disambut dengan komen sebegitu nampak memalukan. haish dah tak de keje agaknya diorang ni.. kot2 la gambar korang atau kenalan korang ada, silalah bertindak. tapi aku rasa macam dah kena hack je group ni sebab header dia dah bertukar. alang2 tu baik hack delete terus kan.

hmm buat masa ni bersabar je la ye sape yang kena. tak lama lagi tutup la tu. amiin.. dulu kes gambar aqil kena curi tu tak pe lagi. gambar model keropok keping.huhu..ni gambar kita jadi bahan benda lain. lepas ni no more pic tuan blog berseorangan. or tengoklah aku privatekan or malaslah nak tulis blog lagi. payment nuffnang pun dah dapat. kalau tutup / privatekan blog tak kesal sangat. huhu..

ok. hari ni nak jumpa kawan jap. dak debam dan dak kering tinggal ye.. babai.. wassalam..

8 comments:

Allene said...

btul tu beb.. lin pun tgh nak delete2 gambr yang boleh mendatangkan mudarat.. kikikki zaman jahiliah dulu suka sangat upload. skrg dah nyesal.

Chot said...

Sy terbaca dlm lulupages hri tu. Da report tp fb reply xbgitu mmberangsangkn.huhu. Hrp2 page tu delete cpt..ade org gile yg xde keje buat page mcm tu. Apela nk jadi...

ietams said...

alahaii.. page ni mmg tak bertanggungjawap lansung.
tapi su, kalau nak privatekan blog ni tolong invite saya ye..jgn tinggalkan saya

sinomosa said...

Ngah, orang2 dalam tuh semua buka guna nama sebenar..berselindung untuk buat jahat..

CT Humairah said...

isk isk isk.. ada ada aje lah skarang ni..

umifarisfarhan said...

ish ish mcm ne die amek gmbr kak sue tru blog kak su :(
tak patut betul laaaa..x suke xsuke!!
dats y fiza now dah privatekan blog huhu
sbb gmbr zaman jahiliah dlu ade lum proper lagi tutup aurat...

Suliana said...

diorg google je fiza.. sng dpt. oo ptt la fiza dh lama xupdate. rupanya dh private ye. huhu

NADIA COMANECI said...

Ya Allah, malampau betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails