Friday, June 13, 2014

Surirumah katanya..

Assalamualaikum..

dah seminggu balik rumah sendiri. dah hampir 2 bulan bercuti. mengikut bulan hijrah adam dah 2 bulan malam nisfu ni. Alhamdulillah. oklah perkembangan.. dah boleh senyum, mengagah. tapi dia cakap sorang2, bila kita tanya senyap pulok. maybe jenis pemalu orangnya :-P

Ha, seronok jadi surirumah? hehe. ni surirumah jenis pemalas sikit. eh bukan pemalas la.. surirumah ada anak kecik susah sikit nak buat keje beria kan.. nak kemas2 angkat berat tak boleh lagi kan. jadi keje light2 je la macam masak, sapu2 rumah, jaga anak, lipat dan basuh kain. gitu.. kalau ikutkan hati nak je aku susun balik perabot2 rumah ni. tapi takkan nak buat sorang2 kan, jatuh peranakan aku nanti. huhu..

kat rumah bulan ni aku jaga adam dan aisyah. aqil hantar taska. minggu depan tadika dah buka balik. dia ok sebenarnya kalau duduk dengan ibu tapi tak tahan asik nak beli menan je. kalau tak kasi, siaplah rengekan dia satu hari. boleh berdesing telinga ni. Aisyah pulak senang dijaga. terlebih rajin pulak dodoikan adik dia la. tu la ibu risau. elok2 adik dah tido dia kacau. adam ni jenis kuat tido. tapi kalau dah berjaga lama nak tido balik tu dia akan menangis. dah try masuk buai tapi dia bukan jenis berbuai kot. sama je tak tenang tido. bila dia tido kat bawah tiarapkan baru tido lama skit dengan syarat aisyah tak kacau.. adam ni jenis mat dokong. waaa risau plak aku camana pengasuh nak jaga ni.. tapi once dah lena di pangkuan letak kat bawah ok je tido..

Jadi surirumah ni banyak keje tau. dari pagi sampai malam tak habis kejenya. tapi stat keje aku pukul 10 ke atas ikut waktu UK.  huhu. so fikir baliklah nak jadi career woman or housewife. hehe.. rutin sama. tapi kita yang decide hari ni nak buat apa itu ini..

esok aku kena minum air gula. hmm harap2 clear. tapi aku pun cuak gak sebab keinginan aku sekarang ni nak makan benda manis memang tinggi. contoh rasa nak makan kek, coklat dan aiskrim. hehe.. kalau clear alhamdulillah. kalau tak, kena control makan la lepas ni.. sampai ke tua. camana tuh. hmmm... minta jauh..

oklah. tak boleh tido malam ni. nape ek.. koser mak bak tengok bola. baik layan tido. ok bye wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails