Monday, June 30, 2014

Ramadhan day 1 & 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. dah masuk malam ketiga kita dapat berpuasa. Syukur dengan nikmat dan rahmat yang diberi oleh-Nya.. Permulaan ramadhan diraikan dengan berpuasa bersama family di Kluang.. dapat dua kali sahur dan satu kali berbuka.. seronok kan buka ramai2 ni..

Aqil lagi seronok ada sepupunya darwisy. kalau tak, monyok je. asik kata aqil tak de kawan.. memekak2 ulang ayat yang sama. sabo la ibu.. bulan puasa ni penuh dengan ujian. Sabar banyak2..

oh cerita berpuasa day 1,  pagi2 lagi kami dah outing ke bandar. haha.. ayah kata nak cari baju raya. sekali tu suamiku yang dapat. baju kerja katanya. jadi la, boleh pakai raya juga kan. hehe.. teman mama pegi bank bayar itu ini.. ingat nak pegi kedai tudung tapi dah penat, balik terus.. rehat2 then tolong mama masak. mestila terbaik kan masakan ibu. tak kira la masak apa pun..

sahur dan buka mesti mama masak. nasi panas dan ikan goreng pun layan.. aku kena makan sahur, yelah bf kan. takut tak larat. tapi Alhamdulillah diberi kekuatan sampai waktu berbuka.. selesai.. pastu tadi gerak balik ampang. singgah rumah MIL. ingat nak buka sana tapi aku bawa susu beku. cannot lama2.. tu pun sampai sini dah cair sikit. pakai termos. tak power la. tong ikan lagi best. sampai rumah masih berasap lagi air batu huhu..

MIL kasi tempoyak dan durian. hasben nak makan durian dengan lemang. so tu je la makanan berbuka hari ni. jiran kasi kuew teow dan roti telur. jadiklah.. ni esok kalau tak terkejut sahur, mau lembik ni sebab tak makan nasi. so now nak tido awal.. esok nak bangun awal goreng telur je. haha.. k bye.. wassalam..

3 comments:

suhailas sudin said...

salam ramadhan sis....selamatberpuasa dan bersahur.

Allene said...

kueh koci tu macam best je...

~MommyAqilMedina~ said...

wah makanan kat atas memang super yummy..terliur tengok...hehee..seronok kan kalau dapat buka puasa ramai-ramai..aida pon suka..lagi pulak boelh pelbagaikan lagi juadah..tu yg kenyang perut rasa macam nak tidur terus lepas buka..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails