Tuesday, June 24, 2014

Persiapan menjelang Ramadhan tahun ini 1435H

Assalamualaikum..

Bersiaran secara lansung dari depan laptop :-) kat rumah je.. alang2 dah lama tak jengah blog through laptop, mohla kita buat sekali...banyak nak cerita. tapi dipendekkan.. tak lama lagi nak puasa kan.. lagi beberapa hari je lagi.. harap sangat aku diberi kekuatan sekali lagi untuk berpuasa.. Alhamdulillah tak pernah lagi ponteng puasa even pregnant dan breastfeeding. hope kali ni diberi kekuatan dan kesihatan yang lebih baik, untuk ibu dan juga adam :-)

Persiapan menghadapi Ramadhan dari segi rohani insya-Allah dah siap sikit2. cewah.. ala tak de apa sangatlah, cuma azam ramadhan tahun ni nak perbaiki lagi diri ni menjadi muslimah yang lebih elok. gitu lah kan dari setahun ke setahun.. semoga tahun ini lebih berkat, lebih banyak bersabar. al maklumlah bulan puasa ni bulan yang menguji keimanan dan kesabaran umat.. of course la kan tak dapat pergi tarawikh berjemaah.. huhu.. buat sorang2 kat rumah je lah. askar dah 3, mana nak letaknya.. bersabarlah ibu, ada pahala lain insya-Allah..

dari segi fizikal nya, tak de apalah nak sedia. cuma barang dapur je lah kena beli ye tak.. tunggu gaji la baru nak shopping apa yang patut. 2 minggu berpuasa aku dah start kerja.. 14 Julai bersamaan 16 Ramadhan.. jadi 2 minggu awal puasa ni ibu kenalah kreatif perah otak nak masak apa kan. haha.. tapi awal puasa ni aku berhajat nak berpuasa dengan bonda dan ayahnda tercinta di Kluang. hehe.. dan en. suami katanya tahun ni tak nak makan beria. ye, tahun sudah2 pun sama juga.. jarang kot pergi bazar ramadhan.. makan apa yang ada.. berbuka buffet di hotel2 pun tak nak kot. bukan apa, susah dengan anak2 kecil dan waktu yang singkat, nak makan pun berebut2 round tengok makanan apa. huhu.. apa je dapat makan even makanan berlambak. kalau bujang2 syok la hadap buffet sampai ke tengah malam.. azam lagi satu nak kurangkan berat badan :-p harap2 berjaya lah ye cik abang :-D

Selalunya kalau tahun2 lepas, aku dah mengemas dah ni.. tahun ni tak dapatlah sebab ada anak kecik kan. kena la lebih perhatian pada adam ni.. kang tengah syok2 mengemas dia menangis lah apa lah.. jadi aku jadi mandor je lah kalau nak suruh orang kemas. haha. yelah, i kan baru 2 bulan bersalin, mana boleh buat kerja berat2.. jatuh peranakan i nanti.. huhu.. *alasan orang malas*

Bajet raya pun dah ada. mestilah over budget kan. huhu.. ohh hari Jumaat ni ada sogo member sale.. berdebar2 bila ingat sebab nak pegi menyerang. haha.. actually baju raya anak2 dah ada sikit soping beberapa hari sebelum bersalin.. cuma belum lengkap.. adam punya bahagian tak de lagi. pastu bila tengok leaflet tu ada lagi benda nak pegi beli. bahaya juga kalau aku pegi sebab ini olang sudah lama talak soping maa.. istigfar banyak2. hehe..aku tahu laki aku agak bimbang kasi aku pegi. haha.. tak pe2, kita tahu limit kita ye.. ukur baju di badan sendiri. aku pun tak boleh berlama-lamaan di sana sebab aku rasa macam malas nak bawa pam. dah booking pengasuh nak tinggal adam dan aisyah. hehe. semangat gitu..

eh oklah. tu lah aku kalau membebel kat blog ni memang panjang berjela..macam nigaya nak tutup blog, macam tak de je. hehe. ok bye. selamat berpuasa kawan2. Ramadhan Kareem.. semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sebelumnya.. amiin... wassalam 



4 comments:

Allene said...

salam ramadhan...

sama kita, semoga menjadi muslimah yang semakin baik...

nor_farihan said...

salam ramadhan kak su :)

Taste Of Tapah said...

salam ramadhan sue... :)

Cik Iput said...

salam Ramadhan dan salam perkenalan...
singgah jenguk sini ...nice blog..
follower ke #366
tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails