Friday, June 6, 2014

home sweet home

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dah selamat tiba semalam di rumahku syurgaku. ayah dan mama hantar..penuh barang satu unser. berhimpit duduk dengan anak2. huhu. dah lepas rindu dengan rumah sendiri. hehe.. tapi setiap kali lepas balik dari berpantang, mesti sedih tinggalkan rumah mama ayah.. hmm... ntahlah sejak dah jadi ibu ni kan, cepat sangat beremosi. terima kasih mama ayah dan adik2 bujangku menjaga aku dalam pantang.. tolong masakkan, tolong jaga anak2 ku, melayan karenah kami anak beranak. tak terbalas jasa mama dan ayah membela kami. sampai dah bercucu pun masih ambil berat. nanti aku dah tua nanti macam ni la gayanya..

Esok mereka akan ke langkawi dengan family kak long pulak.. seronoknya orang berjalan. kita ada anak kecik kena kurangkan aktiviti luar. huhu. oh lupa.. minggu depan aku kena minum air gula, nak cek ada lagi tak GDM aku tu. hope tak de. kalau ada siaplah aku kena cek up selalu. huhu.. takut. tapi makan main sebat je semua kan.. sekarang aku memang kuat makan! kalau tak makan macam lemah2 badan gitu. yelah aku breastfeed kena makan banyak. dah kembali aktiviti makan banyak aku. hehe.. berat 47kg. okla tu kan..

Anak2 ku suka la dapat balik rumah sini. aisyah pagi2 lagi dah minta nak g rumah pengasuh.. rindu agaknya. sian aisyah. dah jadi kakak dah dia. dulu masa belum ada adam, dia pandai naik tangga. nak turun je aku tak kasi. kena ada ayah ibu baru leh turun. now, terpaksa turun sendiri dan dia rela.. pandai2 bawa diri ye anak.. ni dia baru je lepas muntah. nak kata demam tak de pulak. semalam pun duk muntah atas ibu dalam kereta. kenapa ek...

okeylah. selamat menjadi ibu kepada 3 anak la ye. bertabahlah dengan karenah anak2 yang soleh ni. huhu. bye wassalam..

1 comment:

suhaida shukor said...

ala sian mek cah. xpe, aisyah paham..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails