Sunday, June 15, 2014

Adam dah 2 bulan

Assalamualaikum..

15/6 ~ dah 2 bulan dah budak debamdebam ibu ni. Alhamdulillah.. check up hari Selasa petang  baru pegi. nk bawa aisyah sekali sebab dah lama tak folo up dia..

Ok. adik adam hari ni sangat menguji kesabaran ibu dan ayah. maybe beralih bulan kot.. haaa.. dah 2 hari aku dikunjungi tetamu. sahabat sekolah rendah. semua datang nak tengok adamla.. tapi, dak kecik ni meragam. asik nak berdokong je. dia nak tido tapi keadaan sekeliling tidak membenarkan. huhu. bising dengan suara abang dan kakak. pastu belakang rumah jiran pasang tile.. lagi bengkek mamat ni nak tido.

yang jadi mangsa aku la. haa... mana nak masak lagi. nak layan tetamu lagi. sian kawan aku yang nk balik kedah tu dapatlah merasa mee goreng aku. yang kawan dari bangi tu merasa french fries aku je. huhu. ni basuh pinggan mengendong adam dalam SSC sebab ayahnya tido. sabo jelah. urut dada. tak pe dapat pahala kan ibu. T_T duduk dalam tu eh elok pulak tidonya. cuma bengkokla badan ibu nanti. huhu... jangan buat perangai kat rumah pengasuh ye adam, sian dia nanti.

yang abang dan kakaknya manala reti bahasa. yang diorang tahu main je. suara tu bukan reti diam. adik ni dahla tak boleh bising2.. aku nak masuk toilet pun budak2 ni sibuk mencari. cari buat apa tau, hulur tab nak buka utube frozen. geram je. yang memfrozenkan diri tu kalau anak pompuan lainla cite, anak jantan ni nak tengok frozen. pelik.. jangan main patung frozen sudah. dah seharian aku mendengar nyanyian let it go let it go..

So hari ni memang letih sangat. terasa letih maybe baru lepas pantangkan. baru 60 ++ hari kot bersalin. buat kerja rumah macam apa. hmmm.. ni yang nak balik rumah mama ni nak berehat. huhu. terkejar sana sini. need a rest. ayah adam kata cepatlah besar adam. yelah ada anak kecik ni memang penat sikit kan melayan karenah dia.. nak tido tu melalak bagai nk rak. ni dah dapat tido alhamdulillah. hope sampai ke pagi la ye nak..

oklah lewat malam dah. bye wassalam..

3 comments:

nor_farihan said...

bila akak start keje balik ?

Sharinginfoz said...

kejap aja masa berlalu kan, dah 2 bulan

Ziana Wanita said...

saya cukup 60hari berpantang merata pergi jalan kak su. huhu menghargai masa cuti sebelum bekerja :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails