Tuesday, June 3, 2014

7 tahun yang indah

Assalamualaikum..

Happy anniversary to us. 2 Jun 2007 ~ 2 Jun 2014. Alhamdulillah 7 tahun sudah. moga berkekalan sampai ke syurga.. nak tulis entry ni pun kena amik mood. memang havoc la jaga anak 3 orang ni. busy weih.. almaklumlah anak sulungku manja dan banyak sangat permintaan. sabar la ibu.. itu lah hadiah 7 tahun perkahwinan mu bersama suami. Syukur.. Tahun ni tak dapat celebrate sama2.. selalunya makan2 je kot. ntah aku tak ingat plak kena refer entry lama. haha.. tapi untungnya tahun ni dapat hadiah oven noxxa 3 in 1.. terima kasih abang. kira hadiah 2 dalam satu la kan.. tapi hadiah ni win win situation la. ibu masak abang makan. hehe.. untuk kegunaan bersama :-)

Perkenalan dari tahun 2000.. sama2 belajar. satu kelas. hehe..lama kan.. 14 tahun dah kenal. bila dibelek2 album lama, haha.. kurus keding. aku je maintain. dalam hati, camana boleh terpikat dengan mamat kurus ni. dulu kira paling hensem la tu. kikikiki.. sekarang lagi hensem.. berisi dah. tapi silalah exercise :-) nak kongsi sikit. kami dulu masa kelas diploma tak pernah dating,tak pernah bercakap pun. pakai posmen je. haha.. tengok2 dalam kelas je. kuang kuang kuang. malu weih.. tapi cakap dalam telefon laju je.. bila dah sambung degree baru pandai ngedate. tu pun balik2 klcc je. iyolah tu je senang pegi ada lrt.. tawaflah klcc tu dari pagi sampai petang.. hehe. bila dah mula kerja memang simpan duit untuk kawin.. tunang kejap je kot. setahun kalau tak silap. pastu terus kawin. keje setahun setengah dengan gaji tak sampai 2000 masa tu.. alhamdulillah rezeki kawin ada je.. ok tu je nak cite. takleh cite lebih2.. tutup dah kamus percintaan zaman dulu. tak elok dijadikan tauladan, cukuplah dijadikan sejarah dalam lipatan hidup kami.. eh betul ke ayat tu. belasah je lah..

asam garam rumah tangga ada pasang surutnya.. yang penting kena give and take. aku nak nasihat orang pun, tak kena juga sebab aku pun ke laut juga. orang muda hati tengah panas. cewah.. ni dah bertambah ahli keluarga lagilah kena pandai manage masa kan.. kerja rumah kena tangkas. ibu kena jadi multi tasking mummy :-) ayah pun sama juga.. sempena ulang tahun ke 7 ni, belek2 galery dalam.phone ni tak de rupanya gambar terkini suami tercinta bersama anak2. huhu. sian suamiku. tapi memang payah sikit nak bergambar. ibu je lebih:-)

ok. semoga  ikatan yang dibina akan berkekalan sampai ke syurga. i love u more than what u know.. terima kasih sudi melayan karenah isterimu ini yang kadang ok kadang tak ok.. sabar ye bang.perempuan macam tu la.. hehe.. bye. wassalam..

2 comments:

umifarisfarhan said...

hihi ayat last tu terbaik
mmg btul
ptt fiza pn wish mcm tu 2 may br2 ni hehe

anyway hepi anniversary dear sis n husband.. smga kekal bhgia bersama suami dan anak2 terchenta. amin

cant imagine klo da ade 3 'babies' hihi

nurul aini said...

tahniah kak su n husband..slamat ulang tahun perkahwinan.sy pun sk ayat2 last.stuju.hehe..

p/s: status mother of 2 kat profil kne ubah 2.gmbr skali.hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails