Sunday, May 25, 2014

simpanan

Assalamualaikum..

hai. seperti biasa malam2 ni jadi burung hantu. sebelum tidur main game dulu. hehe. sebelum main game, kena layan adam yang melalak bagai nak rak ni. dia macam tu la, tidur siang dia ok je. malam je buat hal. kena dodoi2 dulu, dah kasi nenen pun reject. last2 pujuk dia tepuk2 badan dia, dah puas nangis, senyap. kasi nenen balik baru ok. hidung selsema pun ye juga. hmm ragam anak2.. ni dah selamat tidur, alhamdulillah..

Esok nak gi jalan dengan mama. haa.. pegi bando je. orang sini kalau cakap nak pegi bando tu maknanya nak gi supermarket. hehe.. kalau abg ipar aku cakap nak gi town. org perak tu. kalau hasben cakap nak gi seremban sebab dia duk lenggeng ;-) tak tau la korang panggil apa. tapi kalau kat kl kita specific kan nak gi jusco ke, klcc ke.. hehe.. eh panjang plak explanation.nak gi parkson sebenarnya.

tapi dalam masa yang sama nak gi buka akaun th adam ni. bila baca2 balik apa yang perlu, tak cukup pulak dokumen iaitu surat beranaknya! ada dengan ayahnya. alamat, delay la ye nak buka akaun adam. duit2 orang kasi tu sume nak masuk sini. bahaya wooo ibu pegang lama2, kang boleh terpakai pulak. hehe..

Semua anak2 ku aku dah buka akaun th. akaun pertama yang aku buka untuk diorang. simpan semua duit kat situ termasuk duit raya. aqil dan aisyah dah cukup duit dan dah daftar haji. hehe. adam pun kalau dah cukup 1300 nanti ibu daftarkan ye :-)

Bila anak2 dah bertambah, cabang perbelanjaan ibu dan ayah meningkat jugala kan. tapi tak pe, percaya dengan statement setiap anak tu membawa rezeki kepada keluarga. rezeki bukan pada duit saje. macam adam ni nanti kena amik takaful untuk dia juga. aqil dan aisyah dah amik pru bsn takaful. aqil 100, aisyah 120  dan adam pun mungkin amik plan yang sama macam aisyah.  senang amik dengan orang yang kenal ni. kalau ada apa2 refer diorang terus kan. macam ejen takaful aku yang baru ni macam tak best je. lambat respon. kenal sebab dia datang ofis. kata nak mesej, sampai sudah tak de. ni yang malas ni. aku tukar takaful lain baru tahu.

lagi simpanan untuk anak2 ialah selalunya aku akan buat potongan gaji untuk diorang. ayahnya amik sorang, aku amik 2 orang. sorang rm50. tapi adam belum stat lagi. macam aqil dulu aku potong rm10:-P pastu up la skit kan bila dah naik gaji. pernah juga simpan rm50 untuk sspn aqil. sekali je pastu tak simpan dah sebab dah tak wajib katanya.. kan ke kalau nak minta ptptn nanti wajib ada sspn. now tak wajib dah. banyak cabang lain nak guna. huhu..

nak tak nak kenalah menyimpan juga. ni akaun th ni nama aku sebagai pendeposit. nanti diorang dah besar boleh la letak nama sendiri. tapi  jangan duk korek sudah bila dah besar nanti ye. ibu dah daftar korang pegi haji. kalau ada rezeki umur diorang 40 tahun dah boleh pegi :-) tapi kalau duk korek camana nak cukup duitnya kan... gitu la serba sedikit cara kami simpan untuk anak2. harap2 tak berusik sampailah tercapai hasratnya.. kan.. simpan mengikut kemampuan aku juga. kot kalau sume simpan nak makan apa pulak ye dok. huhu.. sikit2 la. kalau ekonomi dah meningkat insya-Allah bertambahlah lagi.. kan...

Eh oklah dah panjang berjela ni. korang doakan aku murah rezeki ye :-P mata pun dah ngantuk ni. camana nak bangun awal esok ni. ok bye. wassalam..

p/s : 40 hari dah. yeay!

5 comments:

Nia said...

hehe..bila lambat buka akaun anak2 ni, memang tinggi potensi mak nya nak pakai duit dia..saya selalu terpakai..huhu

Eyriqazz said...

Pandai su plan untuk anak-anak..ALhamdulillah, demi masa depan mereka...

Our Story said...

saving tuk anak mmg penting kan?.... Alhamdulillah anak saya lahir2 terus buka akaun tuk dia...


salam kenal dari
http://cik-puan-emy.blogspot.com

~MommyAqilMedina~ said...

Cepat je rasa 40 hari dah kan..tapi mesti Su rasa lama kan..sama lah jugak dengan aida nanti..lambatnya nak tunggu 44 hari..hjihihi..pasal simpanan tu memang penting sangat kan..aida pon just buat Insurance je untuk budak2 ni dan akaun bank..TH tak daftar lagi..haih bile lah nak pergi agaknya..huhuhu

Masya said...

demi anak² mmg kena bijak buat simpanan dan pelaburan buat dia org...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails