Sunday, May 11, 2014

Selamat hari ibu

Assalamualaikum..

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia.. Tahun ni seperti biasa tak de apa yang special. Tapi lain sikitlah tahun ni sebab dah jadi ibu kepada 3 cahaya mata.. Alhamdulillah.. Aqil pulak dah pandai kasi ibu kad :-) inisiatif dari cikgu sekolah agaknya. Hehe.. Tq cikgu sekolah aqil.. Aqil tak cuti lama weekend ni. Sebab esok dia nak pegi kilang coklat dan mini zoo. Excited dia. Bayar rm80.. Excited nak naik bas. Tadi pun bangun pagi cakap dengan ayah nak balik kl nak pegi lawatan. Padahal esok. Huhu. Sabo je lah anak ibu ni..

Petang tadi mendonat. Minggu ni paling banyak aktiviti buat roti dan puding. Bukan apa, excited nak pakai oven noxxa dari amway 3 in 1. Tapi mama punyalah. Aku punya tak de stok lagi. Hari tu buat roti sarang lebah. Pastu buat puding milo lapis oreo. Pastu donut. Malas nak upload kat fb sebab hari tu ada kawan tegur dalam pantang kena rehat. Actually aku tak buat keje berat pun. Buat roti dan donut pakai bread maker. Masuk2 bahan dalam tu dia gerak sendiri. Buat puding pulak, adik aku yang tolong bancuh. Aku baca resepi dan jadi mandor je. Haha.. Gitu la kisahnya..

Actually lagi 3 hari genap adam sebulan. Yeehaaa.. 17hb ni kenduri kesyukuran untuk adam. Aqiqah dia dah selamat melalui ez qurban.. Alhamdulillah. Nak amik sunat hari ke 7.. So weekend depan just makan2 biasa tapi ada gak kambing golek ayah nak. Goodies untuk tetamu kaklong dah bagi. Alhamdulillah. Jimat kos di situ. Aku maybe bagi bunga telur je lah. Hehe. Penampilan istimewa maybe MIL nak datang juga. Okla tu..

Oklah. Nak siap2 nak keluar pegi rumah nenek :-) ikut orang berjalan. Macam2 dalam kepala ni nak beli itu ini. Tengoklah kalau larat, keluar kereta Kalau kejap2 je ok lah. Hehe.. Mood nak sopping online memang tak de. Semua barang dah cukup. Ok bye wassalam..

2 comments:

Rizziela said...

bestnya masak2

sisanizu said...

haha su..best oven noxxa amway tu..sy byk kali buat pizza pakai tu..puas hati sangat;p donat pun penah gak wat..tp byk kali buat pizza la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails