Friday, May 30, 2014

merdeka

Assalamualaikum..

yeay!! merdeka dah orang berpantang ni :-) jumaat genaplah 45 hari. Alhamdulillah.. aku pun tak sure 44 hari ke 45 hari kena berpantang. takpelah, apa2 pun dah selamat.. boleh makan apa saje kah? boleh keluar jalan2 tanpa stokin tebal? dah boleh buat kerja rumah kah? sikit2 bolehlah kan.. actually tak lepas hari pun aku dah berlepas ke mana2 dah. hehe..

Adam masih selsema dan batuk. tadi aku tepuk2 belakang dia dengan posisi meniarap. keluar lendir2 kahak dan hingus dia. sian dia tido hidung tersumbat. baby mana boleh makan ubat selsema dan batuk kan. tapi tadi amik juga la ubat titis hidung nak kasi clear hidung dia. ni dah lega agaknya boleh tido dah.. nafas pun tak de lah teruk macam malam sebelumnya..

Esok jejaka2 kesayanganku balik!! rindu. dah 2 minggu tak jumpa. ni last la ni ulang alik ampang kluang sebab minggu depan dah balik ampang. rindu sama rumahku juga. Aqil minggu ni tak berapa telefon ibu.. tak rindu ibu la tuwww... takpe, next week ibu jaga kamu 3 beradik ye. camanalah keadaannya. nanny part time pun dah habis 'kontrak' esok. hope semuanya ok dan anak2 ibu tak nakal2 ye. hope ibu sabar lebih dengan karenah 3 anak ni.

ok ok.. ngantuk sudah..layan jelah gambar kami ni ye. sejak update pakai hp ni tak tentu arah dah  susunan gambar dalam blog ni. without caption lagi. hope uols faham lah ek. bye. wassalam...

2 comments:

Masya said...

alooo tembamnya adik... comelnya kak aisyah.... seronok ibu dia dah merdeka yer...

ietams said...

Comel semuanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails