Friday, May 23, 2014

mek aisyah

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. lepak2 atas katil bersama anak2.. nak umpan aisyah tidur tak dapat2. masih bertenaga lagi tu. adik adam pulak bila dah umpan dengan nenen, selambak dia muntah balik sampai terkeluar kat hidung. hmm dah terlebih kenyang la tu. tapi masih nak ngempeng. adam sekarang dah pandai meragam. dah kurang sikit waktu tidur dia. dulu masa belum sebulan, dalam 24 jam tu, sejam je kot dia bukak mata. yang lain, tidur. menyusu pun mata tutup. ni bila dah lepas hari, pandai nak jalan2 pulak sebelum tidur. maka adik2 ku dikerah bawa round satu rumah dulu. hehe. nanti dah duduk rumah ampang, sapelah nak tolong aku nanti. semua kena buat sendiri dengan 3 ragam anak yang berlainan.

Aisyah kat sini ok2 aje. lately suka tukar baju. aku marah juga mula2 pastu dah tak terlayan dah. ikut suka la nak pakai baju apa. kadang tu aku tak basuh pun baju yang dia wat main tu.. esok pakai lagi.. memang baju yang sama je dia nak pakai.. hobi dia juga suka kacau adik dia tidur. camanalah budak tu nak tidur dengan aman. kalau aku nak mengepam, dia dah rasmi dah corong tu letak kat dada dia. hehe. kalau aku tengah nenenkan adam, dia pun nenenkan anak patung dia juga  sambil selawat. gitulah anak2 girls ni, meniru je apa ibu buat ye. lagi satu suka masuk bilik tokma dia. main lipstik dan bedak. huhu.

okeylah. tu je nak update. tak de aktiviti apa petang ni. cite kegemaran tak de hari jumaat ni :-) ok bye. wassalam. happy school holiday. selamat bercuti. selamat balik kampung kepada yang berkenaan. minggu ni aqil tak balik.

p/s: pantang day 38th

3 comments:

babYpose said...

comelnya anak-anak, pandai aisyah dengan pemerhatian saja dah faham nak ikut mama :)

Nani said...

salam Su...begitulah perangai anak dara..suka tukar2 baju, sebijik cam Husna....

hai baby, hai baby Adam...geramnya tgk gambar tengah tuh...tembamnya pipi dia, bagi makcik cium sikit boleh??...hehehe...

nor_farihan said...

cute je hehe...akak nak tambah follower ? jom follow blog saya...nnti akak boleh join segmen yang saya join jugak...boleh tambah follower...traffic nuffnang pon naik ehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails