Monday, May 19, 2014

Kenduri kesyukuran Adam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Kenduri kesyukuran Adam telah selamat dilansungkan pada 17/5 sabtu malam ahad.. Macam2 ada. Murah rezeki adam, banyak orang kasi makanan kali ni. Ibu tak habis pantang lagi, makan juga. Nak rasa. Boleh dah kan :-P kambing golek, nasi putih, ayam golek, gulai kawah lembu, puding kastad, cendol, ubi kayu sambal ikan bilis, udang sambal petai dan kuih muih. Upss rendang dan pulut kuning nenek lenggeng pun ado sekali.. Alhamdulillah.. Tapi dari senarai di atas a few je la ibu makan.. Xsemua.. Al-maklumlah menyusu badan. Kang kembung perut adam ibu juga yang susah.. Ni pun tadi dia susah nak tidur malam, kembung agaknya. Ingatkan ibu jadi zombie malam ni, rupanya tidak. Tertidur juga dia. Dengan kentut2..

Ok.. Jemputan orang surau dan jemaah taman sahaja. Sedara mara.. Kawan2 tak de.. Dan hari ni, adam juga dah selamat dibotakkan.. Nampaklah kulit kepala dia macam ada putih2 tu.. Tq uncle oko cukurkan rambut adam. Bersih sangat. Ayah adam rushing nak balik tadi sebab bawa mak mertua dan mak sedaranya.. Sempat hantar adam pegi check up dan tinggalkan ibu di klinik, ramai sangat orang.. Upss.. Perkembangan adam ialah beratnya dah capai 5.3kg untuk sebulan dan panjang 57cm. Semua yang jumpa cakap besar baby.. Iye.. *senyum* baby kencing manis ku jawab..

Time kena cucuk nangis kejap je.. Doc kasi ubat titis mata sebab mata kiri berair dan bertaik lama dah. Hope cepat baik bila dah pakai nanti. Esoklah titis. Pastu ibu rancang nak amik family planning kegemaran ibu iaitu noriday. Bukanlah gemar sangat sebab bila makan pil period tak datang/tak menentu. Tapi kalau nak sendiri2 takut terbabas pulak. Heeee..

Eh campur2 entry ni kan. Kejap pasal kenduri, kejap pasal check up. Tu tandnya entry bolok. Hehe.. Tak pelah sekali arung je.. Ok. Kenduri lauk alhamdulillah habis. Bungkus2 kasi orang bawa balik. Ada balance sikit la.. Oklah tapi penat sangat belakang. Yelah dah lama rehat badan ni pastu bila kena berjalan sana sini jadi cepat penat.. Bila dapat baring baru ok tu pun berharap kalau dapat urut sedapnya.. Nan hado.. Bila bangun tido alhamdulillah ok balik..

Oklah. Tengok gambar je la ye. Bye wassalam

6 comments:

Rizziela said...

cutenya bb

Nani said...

tahniah Suliana dgn kelahiran baby Adam...
cepat ajer masa berlalu, dah besar dah baby...didoakan semoga Adam membesar dgn sihat dan kuat yek...

lawak lak si Abang tuh..hihiii...

Allene said...

dalam pantang pun tetap vogue tau mak adam ni.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

akil noty tau gmbr bawah tu.. eh cute la bunga pahar tu, tak penah nmpk la bunga pahar teddy mcmtu

ietams said...

cantik su! berseri² ibu beranak 3 ni..

Masya said...

alhamdulillahh dah selesai majlis adam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails