Monday, May 5, 2014

Cuti 4 hari

Assalamualaikum..

Kembali berblogging. Hehe. Kejap rajin kejap malas. Malas tu bukan apa, takde benda nak cerita.. Tu yang seminggu baru nak cerita. Aqil dah selamat balik ampang setelah 4 hari bermain tak ingat dunia. Bangun seawal pagi dan tak tidur petang. Kalau tak tidur petang,means malam tidur awal la. Sama la dengan aisyah. Siang berjaga lepas magrib dah pengsan dah..

Seronok budak2 ni dapat main kat sini. Bila tak jumpa, rindu. Bila dah jumpa bergaduh je kejenya. Haha. Ada satu word aqil tak dapat nak tahan gelak. Dia gaduh dengan aisyah pastu aisyah cubit perut dia. Dah aqil nangis datang mengadu kat ibu. "Adik cubit.. Tertanggal dah pusat aqil" haha. Dari nak marah terus ibu ketawa. Ni mesti penangan tengok pusat baby adam kan. Aqil aqil...

Baby adam pulak kejenya memang tidur je kan. Petang tadi mandikan dia air auam. Patut air paip terus je kan. Sebab sambil mandi pun boleh layan tidur tutup mata. Dah siap pakai baju nangis kejap tidur. Ni bila ibu nak tidur, dia pulak terkebil2 matanya. Hmmm... Macam2 ragam anak2. Aisyah jadi penghibur atok dan tok ma. Bila aqil dah balik ampang, dia ikut atok gi jalan. Pandai bawa diri aisyah ni.. Sian dia..

Haa... Mood baking sudah kembali. First bake ialah roti sarang lebah. Sedap tapi muak. Maybe terbanjir sikit sos butterscotch tu. Bahan ada lagi tapi mama cakap nanti dulu la.. Muak. Hmmm.. Tapi sedap je aku makan. Hehe.. Lepas ni nak buat puding pulak.. Hehe. Nak buat kek mixer tak de kat sini.. Tak pelah.. Laterlah.. Ni kat rumah ni adik bongsu cuti sem. Adalah orang aku nak minta tolong beli itu ini nanti :-)

Upss. Hari ni hari ke 20 dah adam. Berat dia dah 5kg ++. Kenapa plus? Sebab timbang tangan nurse bawa tadi sampai 5kg je. Tak mampu nak tampung berat adam yang lebih tu. Hehe. Tapi aku rasa anak2 aku time 6 bulan ke bawah je bambam. Nanti dah 6 bulan ke atas, kurus je. Huhu.. Hai, baru 3 minggu ke... Lambatnya nak habis pantang. Bosan weih. Tapi aku masih berpantang. Pakai je apa yang ada. Bengkung tungku sume masih on lagi.. Tak habis nifas lagi meh... Herba tea dah langsai. Walau pahit ku telan jua.  tapi tang perut awat tak putih lagi.. Huhu. Ada ke product yang best2 cepat skit elok perut aku ni. Hehe.. Tang ketiak pun risau. Ada lagi benjolan2 tu. Huhu.. Think positive je la..

Oklah nak tido dah good nite :-) wassalam

3 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Ni kira cuti naik sebelum raya lah kan? Time puasa eh...Sekarang cam trend eh orang buat roti sarang lebah ni..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

sedapnya tgk kek tu.. samalah anak2 kita, time baby bambam, bila makin besar makin kurus, ni pun baby faiqa dah makin susut dah.. huhuhu

terapipelangi7 said...

cergas semula badan.. jom ke sejahtera holistik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails