Wednesday, May 21, 2014

Aktiviti waktu berpantang

Assalamualaikum.

Selalu sangat idea datang tengah2 malam nak mencoret sesuatu dalam blog :-) saje nak share dengan readers semua aktiviti berpantang kami 3 beranak kat rumah mama ni. Hehe..

Pagi. Dalam pukul 9 lebih baru bangun. 3 beranak ni bangun lewat. Antara aku dan aisyah akan terbangun dulu. Pastu adam time nak mandi baru suruh dia bangun dengan buka kan baju dia. Kalau tak, dia akan tidur dengan lenanya. Hehe. Ok dah bangun aisyah akan berebut nak mandi dulu. Padahal time mandi dialah yang akan menangis sebab tak suka ibu jirus air kat kepala dia. Dunno why.

Aisyah dah settle.adam pulak. Pengasuh time pantang a.k.a cik mah akan mandikan adam dan siapkan adam. Sementara ibu settlekan aisyah. Amik masa woo nak settlekan dia sebab memilih baju. Boleh mendatangkan amarah kalau nak siapkan dia. Silap hari bulan kena lepuk dgn ibu. Ok. Siap aisyah. Ibu mandi pulak. Mandi ibu kejap je. Kalau rajin pakai herbal bath. Selalunya malas. Pas mandi berbenkung pulak. Kalau rajin, sapu firming herbs kat perut. Selalunya malas jugak. Haha.

Siap semua pagi tu pukul 11. Baru boleh minum. Kadang biskut cicah milo je. Pastu tungku. Haha. Kesian bertungku tengahari. Nak wat camano. Tapi kali ni aku suka la tungku..biarlah tengahari pun. Hiks..pastu baring2 layan anak. Tengok ulangan cerita korea king of ambition. Sementara tunggu tengahari nak lunch pulak. Kalau weekdays, mama beli lauk. Weekend je mama masak. Makan je la apa yang mama beli..

Then pukul 3 cerita kegemaran dah start. Temptation of wife. Harus amik port yang selesa depan tv. Pukul 4 tak de cerita menarik. Aku payah sikit tidur siang sebab bangun pun dah lambat. Tapi kadang lelap juga. Umpan aisyah utk tidur sekali. Hehe. Petang pukul 5 siap2 kan anak2 untuk.mandi. Time ni cikmah dah balik. Kalau dia ada, dia mandikan adam. Kalau tak, aku je mandikan..

Pastu minum petang milo dan biskut lagi. I like tapi yang i dont like is nanti berak keras. Eeee tak suka.. Tapi kegemaran camana tu..  ok malam pulak, makan nasi. Mesti kena makan sebab aku cepat lapar. Breasfeed kan.. Tiktoktiktok dah pukul 11 jom aisyah kita gosok gigi salin pampers. Tapi tak semestinya dia tidur. Ada je benda dia buat. Hmmm. So sekarang, yang burung hantu ialah ibu ;-)

Ok. Nak tidur dah. Hari ni dua kali pam susu. Dah 2 hari juga tak pam. Sebab malas. Teruk betul. Kena rajin2 pam kalau tak lepas ni memang tak de peluang dah nak buat extra milk sebab akan pam dan pakai esok hari time ibu keje. In and out without extra replacement.. Semangat kena lebih. Oklah. Gitulah cerita time berpantang. Rutin yang sama. Tak sabar nak balik rumah. Bersama azam  baru. Cewah.. AZam la sangat. Insya-Allah akan dicuba :-) bye wassalam

1 comment:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kita masa awal je gigih pump..Tapi lepas tu memang ke laut laa, memang mental kena kuat, kuat sangat..Sebab bila anak dah 3 kan macam-macam nak kena buat..Masa dalam pantang memang gigih buat sebab tak kerja tapi bila dah kerja balik macam-macam kena buat terus malas giler..Harap su kuat ok chaiyokkk..Kita sekarang pun terus menyusukan baby tapi dah tak exclusive la...Dah campur pun tapi kat rumah still bf..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails