Thursday, May 15, 2014

Adam sebulan

Assalamualaikum..

Maghrib time.. Baring kejap sementara nak tunggu makan. Mata ni dah ngantuk sebenarnya. Siang tak tido. Layan cite filiphine best woo. Temptation of wife. Hehe.. Ok hari ni adam dah sebulan. Alhamdulillah. Kejap je masa berlalu. Tapi kenapa aku rasa macam dah laaamaaa aku berpantang? Huhu. Tak sabar nak habis 45 hari ni. Buat keje sikit2 tu boleh dah.. Tapi bukan kerja berat ye. Nanti dah nak habis pantang aku nak panggil makcik urut. Katanya terbaik. Nak torai la ni. Hehe..

Eh balik kepada adam yang dah sebulan ni. Amboi dia.. Sebelum 30 hari, tido dan susu je kejenya. Aku pulak risau nape budak ni tido je kejenya.. Bila dah nak sampai bulan, dah pandai 'panggil2' kita. Dia kan bukan reti nangis slow2. Tak de nak rengek2 ni. Celik mata terus masuk high pitch. Buat orang gabra je.. Pastu tido nak ada orang kepit. Ni cara2 nak ngempeng pun ye juga. Hmm.. Tak boleh ajar ni. Tapi satu cara mengatasinya aku tiarapkan dia. Tapi under supervision la. Kejap je nak kasi dia lena then terlentangkan balik.. Selalunya time siang la dia suka ek ek ek. Malam alhamdulillah senang tidur..

Time mandi tak suka terlentang. Dah nak hujung2 mandi mulalah meraung. Samela kalau nak pakai baju. Baru nak belai2 tuam etc tak menyempat2 meraung.. Tuam kat telur  penting ye ibu2, especially anak lelaki. Nak elak angin pasang.. Lagi apa ek pasal adam ni..oh mata dia belah kiri masih bertaik lagi. Nanti ahad ni 1st check up dia nak minta ubat mata kat doctor. Aku dah titis susu ibu. Xjadi pun. Huhu..

Oklah.. Nanti sembang lagi.. Nah koleksi gambar adam :-) bye wassalam.. Upss aisyah humairah demam campak naik bintik merah. Takut pulak berjangkit adam. Ok bye





1 comment:

mama_muaz&muiz said...

Lamanya x drop sini. Wah su dah bersalin? Baby boy ye. Tahniah! Samalah kita dua hero. Selamat berpantang ye...;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails