Sunday, April 27, 2014

Weekend ayah and aqil

Assalamualaikum...

Hai.. Boring2 meh kita update blog. Hujan sangat lebat sekarang ni.  Abang aqil dan ayahnya dah selamat pulang ke ampang lepas lunch setelah 3 hari 2 malam di sini. Sian aqil. Asal nak balik je tunjuk perasaan. Tak byebye ibu pun. Masuk keta terus baring kat belakang. Alhamdulillah.. Good job my dear husband boleh jaga aqil. Hehe. Kami keraskan hati tak ikut perasaan kesian kami kat aqil. Kalau ikut atok dan kawan2, suruh aqil cuti sekolah je sebab kesian.. Tapi rasa rugi pulak dah bayar rm 450 tau tak boleh minta balik duit sekolah dan taska tu .

Dia datang mood sedih tu time nak tido je ibu tak de.. Time siang ligat dia main. Ni balik kluang pun bukan nak jumpa ibu sangat, nak main je. Dah pandai cari kawan. Huhu. Diam2 pegi rumah jiran belakang. Asyik2 tanya darwisy (anak sedaraku) bila nak datang. Puaslah dia main kat sini. Ajak tok ma main badminton la. Nasib tok ma pun minat main badminton. Main kolam la.. Aisyah pun dah tidur bila aqil balik ampang.

Adik adam asyik tido je. Time nak nenen je pandai pulak menangis sekuat hati panggil ibu ni. Sabo je lah. Abang dan kakaknya suka cium2 adik yang sorang ni.. Sampai busuk bau air liur pipi adam ni. Hehe. Jom tengok aksi adik adam tidur. Syok oo gomol budak ni. Bambam..

Oklah.. Tunggu khamis pulak abang aqil dan ayah balik sini. Panjang sikit cutinya. Amik cuti tersepit jumaat tu. Sian ayah aqil mesti penatkan every weekend ulang alik. Kali ni wajiblah kot every weekend sebab ada aqil kan. Kalau nak 2 minggu sekali pun tak pe tapi kesian kat aqil tak dapat jumpa ibu. Huhu. Sabarlah.. Ok bye. Adik dah bangun nak nenen :-) wassalam

4 comments:

nor_farihan said...

bantal ikea ! haha...

Suliana said...

Nampak aje. Hehe

ietams said...

alaaa comelnyaaa!!
geram tengok..

Suliana said...

Tq ietams..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails