Monday, April 28, 2014

Sembang kosong

Assalamualaikum..

Eh dah habis hormon pregnant ni rajin pulak update blog. Memanglah.. Salahkan hormon kalau malas update tu. Korang2 yang dah lama tak update blog tu nak salahkan hormon apa plak. Hehe.. Ni saje baring2 adam dan aisyah dah tidur maghrib2 ni.. Aisyah siang tadi tak tido.. Ada kawan main. Mama dah keje minta tolong jiran yang surirumah temankan aku dan mandikan baby.. Ada la dia bawa anak yang diasuh baya aqil. Main dengan aisyah. Tu yang tak tidur siang tu..

Adam pulak lepas mandi petang adalah celik kejap.. Pastu sambung zzzz balik.. Nak bina badan. Tu je la keje baby ni kan. Tidur susu. Kadang aku saje kasi dia nangis nak kasi kembang paru2 dia.. Dah puas lama skit nangis baru nenen.. Hehe.. Ni dah bengkok2 tidur. Suka sangat mengiring ke kiri. Punca susunya di situ. Jangan teleng sebelah sudah..

Bila diimbas kembali macam tak percaya je aku dah selamat melahirkan. Macam masih terasa2 perut yang boyot dan tegang tu. Kalau ikut jadual scan, semalam EDD aku. Kalau ikut period 8/5. Macam tak percaya budak 4kg lebih dah selamat keluar normal. Macam tak percaya babyku dah 2minggu ok.. Tapi lambatnya proses pantang ni. 44 hari ok. 30 days more -_- maka, percayalah kamu di alam pantang o_O

Tu pun aku dah ajak mama pegi beli susu aisyah kat kedai baby. Kalau kat kluang ni suka pegi smart kid kedai baby :-) tapi kejap2 je la sebab aku pernah keluar masa pantang, tak leh nak lama2 sangat, terasa cepat penat. Maybe badan belum baik betul kan..

Aisyah bila dah jadi kakak ni alhamdulillah. Aku tak de lah stress macam aku pantang dengan aqil dulu.. Aisyah pandai bawa diri. Kadang kesian tengok dia. Main sorang2, nyanyi sorang2, tengok tv, main kaler buku sorang2. Kalau dia dah bosan sangat, dia minta susu dan terus tidur. Itulah aisyah. Senang dijaga.. Tapi hari2 nak pakai baju princess.. Baju princess ada 5 helai je.. Basuh pakai basuh pakai.. Makan kena paksa. Nak makan sendiri. Nak makan lauk je..

Ya Allah, teringat semalam dia suka buka video dalam hp aku ni. Kadang tu dapat video wasap dari sape ntah. Video orang kena 20 kali sebatan kat penjara. Aku pun tak pernah tengok. Aisyah yang buka. Beria dia tengok sambil tanya apa tu bu.. Aku ni heran video apa yang duk kira2 ni. sekali tengok video bontot orang dah luka2. Aku tumpang tengok juga sampai 12 sebatan pastu tak mampu tengok dah. Kesian sangat. Insaf terus weih. Orang tu jerit Allahuakbar. Daging punggung dia sampai terketar2 selepas kena sebat tu. Huhu.. Tu siksaan di dunia, di akhirat kita nanti camanalah. Nauzubillah.. Memang beri kesan betul kat aku. Aku dah delete dah video tu sebab aisyah suka tengok. Huhu. Nak kasi kat mama tengok dia pun tak sanggup.

Eh dah berjela pulak bebel kat sini. Yelah kita tak de teman bicara. Bicara di sini saje lah. Hehe.. Petang tadi sempat dah aku soping online. Sikit je lebih kepada barang aku je. Barang baby macam nak beli kat kedai lagi puas hati. Kalau terdesak je la beli online. Lagi pun semua macam dah complete je. Kalau nak beli pun beli barang bf je.. Eh ok.. Bye.. See u again :-)

3 comments:

umifarisfarhan said...

teringat ms fiza pantang 3bln lps..sembang n luah dpk blog jugeee hehehe :) *lagi2 ms lewat2 malam ms farhan berjaga mlm.. hehehe :)

baby adam berjaga mlm tak akak?
cpt mase berlalu..kdg2 x pecaye anak da besar hihi

Suliana said...

Alhmdlh.. Mlm klu jaga pun nak susu. Pantang kali ni akak x de la zombie sgt. Cukup tido ibu dan anak. Hehe

~MommyAqilMedina~ said...

Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang di rancang..Aisyah pon senang nak jaga..Aida rasa anak second memang lebih berdikari kot...Medina pon sama..Hopefully akan macam Aisyah jugak..takde lah pening kepala time pantang nanti..hehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails