Tuesday, April 8, 2014

Risau

Assalamualaikum..

Ni tengah baring2 kat rumah. Hari ni ada cek up dan BSP sekali.. Dapat MC.. Hehe.. Sempat lah pegi servis kereta dan basuh kereta sekali.. Setakat pukul 2 tadi, result bsp ok. Semua 5.+ je.. Now berehat di bawah kipas full speed. Hehe. Nak naik atas malas betul.. Takut dah naik atas terlajak tidur pulak..

Sekarang ni, musim gatal2 badan pulak. Pantang berpeluh, mulalah menggaru macam apa.. Pastu sedap je mengeruk kan. Haa.. Aku rasa kulit kering kot atau kulit aedang meregang. Pastu kat jari2 ni semua kulit2 tepi kuku tu terangkat. Nak kata kurang air, tak juga. Sebab aku memang minum air banyak. Lebih dari 1 liter sehari..

Pastu yang merisaukan lagi, my baby consider besar. Sekarang dah 3.1kg.. Hmm... Ni baru nak masuk 36 minggu. Doc nak tengok minggu depan then decide nak operate ke nak induce ke.. Takutnya. Serius dua2 aku tak nak. Kalau boleh biarlah sakit secara natural. Kalau dah baby besar nak normal camana.. Waaa.. Takut.. Kalau operatu tu aku tak pernah alami lagi. Tapi orang kata susah nak jaga perut tu, sakit kan bila nak bergerak...hmmm kawan2 doakanlah aku cepat bersalin supaya baby ni tak lebih dari berat yang mampu aku tanggung..

Oklah.. Nampaknya hari dah nak gelap. Nak hujan lagi petang ni.. Sedapnya mentidokan diri. ;-) ok bye. Wassalam..

6 comments:

nor_farihan said...

sama lah kita asal berpeluh mesti gagal memanjang...insyaAllah moga dipermudahkan...singgah sini sambil derma nuffnang :)

misz sheyla said...

kena buat BSP jugak..tapi esok..hopenye result ok la...

umifarisfarhan said...

oh dear kak sue, 36weeks baby dah 3.1kg? semangat jgk baby kak sue, fiza 38weeks baby 2.8kg hehehe..kluar baby 3.105kg je compare abg faris keluar 3.5kg.. hehehe
takpe, in shaa ALLAH xde ape ape, akak jgn risau ye

kuasa Allah semuanya, kun fa yakun :)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

knp doc nak operate sue..?? lnda scan baby 36week masa tu baby dah 3.8 kg, dan doc induce 38 week sbb scan baby dah 4.1kg.. tp doc tak pulak decide operate.. harap doc sue, tak decide kan sue operate lah ye, payah nak jaga time pantang nanti kan..

Suliana said...

amiin.. tu lah. anak2 akak semua 3 kg above :-)

Suliana said...

xtau lagi operate ke induce ke. tgu 14hb ni camana.. klu induce pun sakit jugak. aaa... tak pelah, semua Allah yang tentukan. huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails