Saturday, April 19, 2014

Pengalaman bersalin anak ketiga

Assalamualaikum..

Hari ni hari kelima kehidupanku sebagai ibu beranak tiga.. Alhamdulillah, kesihatan beransur2 pulih. tapi mestilah masih tak berupaya nak laju2 kan. mulut je laju :-p Adik baby pun alhamdulillah ok je. cuma kuning sikit, dari 7.2-7.3-8.0 pulak hari ni!! tak pelah, anggaplah biasa anak2 ku kena jaundis ni.. so setakat ni tak de rawatan apa yang aku berikan cuma kerapkan breastfeed je lah.. muka dia pun ada simptom2 macam aisyah dulu, merah2 macam kena gigit nyamuk..

Ok berbalik kepada niat asal.. aku nak share lah dengan korang semua pengalaman bersalin anak nombor tiga kali ni.. Alhamdulillah boleh dikatakan agak mudah bersalin kali ni.. Syukur sangat pada Allah SWT kerana memakbulkan doaku.. Ceritanya begini.. 14/4 (Isnin) ada appoinment dengan doktor kat hospital. nak tengok berat baby dah berapa kg. masa ni baru 36 weeks 5 days.. scan scan scan, doktor dapat 3.69kg.. So doctor kata tengok 38 weeks nanti camana pulak berat dia. memang kena operate ni sebab dia kata ukuran perut baby dalam scan tu pun dah besar.. gitu..

Penantian setengah hari kat hospital hari tu, amat mengecewakan.. tapi oklah dapat MC hari tu sebab tunggu lama, patient ramai 110 orang aku nampak kat whiteboard.. aku sedih gila la bila kata kena operate.. mengalir air mata ni bila kenangkan nasib diri.. ramai je orang operate tapi susah kan nak jaga diri sendiri kalau operate, nak bangun susah, segala2nya susahlah.. gitu...

So balik rumah.. rehat2.. tido.. petang tu masuk toilet, ada lendir putih dah macam jeli besar gila tapi tak de pulak campur2 darah ke apa. so aku ingat keputihanlah kan. so ignore.. malam tu macam biasa.. tak de apa. dapat makan nasi dan milo ais.. pasrah je lah, malas aku nak control2 ni.. Malam tu tido macam biasa, bangun kencing malam pukul 2 tu pun memang tak de tanda lagi.. Sekali tu tengah2 tido, rasa macam terkencing. aku ingatkan aku kencing. ignore je lah. sekali tu bangun pukul 5 lebih sebab sakit perut nak berak. sembelit pulak tu. huhu.. aku tengok yang aku terkencing tadi tak de bau air kencing pun. ignore lagi..

Tak lama tu dalam 5.30 pagi, macam sakit pinggang mild. tapi kerap dalam 5 minit selangnya.. aku macam konfius. braxton hicks ke apa ni. google jap. kalau braxton hick dia irregular dan selalunya datang masa 2nd trimester macam tu.. tiba2 dalam duk baring2 tahan sakit tu, tangguh2 lagi solat subuh.. tiba2 pop!! satu letupan kecil diikuti dengan air meleleh keluar!! sebelum ni sempat message kawan aku bagitahu keadaan aku camana..

Sakit masa ni dah bertambah kerap, aku rasa dalam 2-3 minit sekali dia datang. cepat2 mandi.. masa mandi ni meleleh lagi air ketuban!! cepat2 mandi, nak juga solat. sebab masa aisyah dulu aku tak tahu kena solat walau dah keluar tanda. selagi belum keluar darah nifas, kena solat juga..so kali ni tak nak mengulangi kesilapan lalu.. cepat2 solat, dua kali kot aku amik wudhu' sebab air ketuban keluar lagi masa tu. sembahyang duduk. nasib masa solat tu sakit tak kuat sangat. Alhamdulillah. selesai tanggungjawab, cepat2 pakai baju..

Hasben uruskan anak2. goreng ayam aqil dan hantar aisyah ke rumah pengasuh. berpeluh2 dia ke sana ke mari.. lepas hantar aqil kat tadika, cepat2 pergi Emergency. rumah dekat je kan dengan hospital. masa ni sakit dah menggila. terangkat2 tempat simpan barang kat break tu.. tak dilupakan baca lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimi.. sampai2 kat hospital air ketuban dah cret cret cret. basah kusi keta.. pegi PAC, cek semua dah fully buka nurse kata. masa tu dalam 7.30 kot. Bawa pegi labor room, pasang CTG semua, nurse suruh teran. masalahnya tak sakit camana nak teran. hehe. tunggu sakit baru teran..

Ramailah ni doktor ada 3 orang kot. dan nurse ramai juga. may be aku patient pertama kot pagi tu, tu yang ramai berkumpul. tapi takpelah semua perempuan.. semua bagi sokongan moral. "cepat dik, sikit je lagi, kepala kat sini dah".. dengan dua kali teran, alhamdulillah pukul 7.47 pagi, keluarlah budak tembun ni terus menangis dan terkencing sekali.. "alah kecik je baby ni, meh timbang sikit" 4.19kg!!! hah terkojut mak.. itulah baby GDM.. semangat weih.. Alhamdulillah.. dapat bersalin normal. hasben aku pun tak sempat tengok aku bersalin, pergi cari parking.. sampai2 je nurse suruh azankan..

Style aku bersalin dari no 1-3 adalah terkepit2. hee.. bengang je nurse dan doktor tu aku tak nak buka luas2. bukan tak nak buka, tapi aku takut terabak je. aku jenis lawan sakit.. Dia kasi tiang suruh tendang pun aku tak reti guna. suruh paut kaki pun tak berapa nak paut.. terangkat bontot sikit dan terkoyak lah sikit.. kena jahit.. sakit jahit tu memang terasa. dia bius sikit katanya.. tapi masih rasa tarikan kulit tu.. awww. ngeri. tapi tak pelah semuanya dah selamat..

Ok nanti aku sambung cerita selepas meneran apa jadi ye :-) ok bye.. to be continue


14 comments:

Imani Iwani said...

tahniah..moga dua2 cht selalu..slmt berpntang..

umifarisfarhan said...

alhamdulillah tahniah dear kak sue, teringat ingat lak pengalaman masih bersalin normal faris and pengalaman lahirkan czer baby farhan..oh ngeriiiiii!
apepun smuanya dah selamat alhamdulillah, sebaya anak kita! :)
slmt berpantang akak, cayalah akak blh push baby 4.15 kg, :)

mama maman aka yana said...

tahniah dan selamat berpantang yer su

ietams said...

Senang juga eh..untung..
Kenape ckp baby kecik je tp 4.19 beratnya..
Mcm kompius sket..
Nanti explain skali la dlm next erntry ye

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

alhamdulillah mudah.. semangat tu, tp sib baik tak kena operate.. :)

NADIA COMANECI said...

cepat sambung, tak sabor ank baca..hihi

Suliana said...

Tq :-)

Suliana said...

Tq fiza. Alhmdlh rezeki Allah :-)

Suliana said...

Tq yana..

Suliana said...

Ok dah explain ietams tq ye..

Suliana said...

Alhmdlh. Tu la takut sgt..

Suliana said...

Dah smbg.. Baca tau :-)

~MommyAqilMedina~ said...

Alhamdulillah..dipermudahkan..Baby memang montel!!haih..tak sangka baby sebesar tu kan..Sue dah la kecik je..hehee

sisanizu said...

Suuu....saya terlewat keretapi..bila bersalin ni??? tahniahhhhhhh!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails