Friday, April 25, 2014

Pantang cara ku

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat!! Hari ni dah hari kesebelas aku berpantang.. Alhamdulillah.. Syukur.. Aku tak delah berpantang 100% strict kan. Kalau dapat macam tu memang bagus sangat. Pantang ikut suka. Tapi kalau tak tahan sangat aku tak ikut. Contoh, pakai sweater. Aje gila pakai sweater panas2 buta ni. Haha. Kat kluang ni panas weih.. Tapi petang kang hujan so malam je la sejuk..

Hari tu sampai2 kluang singgah rumah nenek. Tak pakai sweater, yelah ekon keta ayah macam tak berapa kuat. Kena tegur dengan neneklah kenapa tak pakai sweater. Kuang kuang kuang.. Sama juga macam semalam, nenek datang baru nak pakai stokin :-P tak tahan panas, tapi aku pakai selipar rumah. Tapi tidur malam memang wajib pakai. Ekon tak buka tu pun aisyah dah kata panas. Buka kejap then tutup balik.. Aku ni tak leh sejuk2 sangat sebab takut menggigil tengah malam. Sama penyakit macam mama. Dah kena dah satu malam tu. Menggigil2 sebab tak pakai selimut. Alhamdulillah boleh bangun sendiri amik sweater semua. Kalau tak, kejung aku atas katil. Huhu..

Lagi, dah start mengelat makanan pantang. Dah mula jeling2 lauk orang. Hehe.. Adalah rasa sikit nak amik pedas2 dia kan. Takkan nak makan lada hitam je, bosan dah.. Tapi sikit je la. Beringat jugak.. Ni esok mama kata nak masak nasi dagang la, sotong masak merah la.. Huhu. Kita tengok je la..

Bab bertungku dan berbengkung ada rajin sikit la. Dulu malas nak tungku. Now oklah adalah sehari sekali walaupun kadang2 termiss. Yelah, ni baru jaga 2 anak, baru nak buat itu ini dah ek ek ek dah. Sempat sapu param dan pilis.. Oh kali ni set berpantang ditaja :-P adik aku punya dia tak pakai masa pantang. So dapatla kat kita set tanamera.. Tapi leceh gak set ni sebab banyak benor nak kena pakai.. Siap study buku dia tu. Huhu. Kata nak cantik macam retis. Huhu. Cuma yang air herba tu belum makan lagi. Aku just pakai luaran je dulu.. Kalau ada orang sapukan lagi best :-)

Aku just makan lebihan vitamin shaklee masa pregnant dan juga jelly gamat.. Ingat nak beli produk makanan sunnah qaseh gold tu tapi tak beli lagi. Susu alhamdulillah macam biasa mencukupi. Adam pun banyak menyusu. Berak kencing pun banyak.. Oklah nanti sembang lagi. Nak gi makan jap.. Menyusu kena makan banyak. Ni berat badan oklah dah hampir ke berat badan yang normal. Last sebelum bersalin 55kg, now dah 48kg. Oklah. Dah tak yah nak kurus sangat  sebab lepas ni mesti cengkung punyalah. Dengan puasa lagi, bf lagi kan.. Makan kena jaga. Hehe.. Ok bye  wassalam...

3 comments:

umifarisfarhan said...

fiza lgsg x pkai sweter kak hehe..tp fiza deliver awal jan hari tu time ujan..so mmg x miss pkai stoking..sweter lgsg x pkai muahaha.. akak slim je.. x yah diet! :)

Suliana said...

Mmg slim tp kt perut xslim pun. Hehe

umifarisfarhan said...

hahaha perot org czer lg sedey tgk tau! redho aje lah muahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails