Thursday, April 17, 2014

Our 3rd edition.. Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Hi alls!! Alhamdulillah.. Aku telah selamat melahirkan baby boy pada pagi hari selasa 7.47am 15/4/2014 di hospital ampang... On 36weeks 6 days.. Syukur sangat dapat bersalin normal juga kali ini tapi dengan keluaran yang lebih besar. Baby boy kali ni pecah rekod 4.19kg!!! Ye, sangat semangat..montel. Baby GDM, kencing manis.. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaanku dari awal lagi memang nak sangat bersalin normal lagi. Laterlah aku cerita pengalaman bersalin kali ni ye..

Now dah hari ketiga beliau menghirup udara dunia. Alhamdulillah. Pada peringkat awal ni agak sukar sebab malam dia tak berapa tido. Tido kejap nangis. Tak dapat nenen merajuk panjang. Suara dahla kuat... Nak bagitau satu taman agaknya dia dah lahir.. Alahai, jadi zombie la ibu...

Now, ketiga2 anakanda sedang tido. Kepenatan. Oh ye,berpantang di ampang seminggu ni. Then hari Isnin balik johor. Sebab parents nak pegi kenduri cousinku kat perlis weekend ni. So malam ni dan esok tinggallah kami berlima berpantang sendiri. Weekend kak long datang tolong mana yang boleh la..

Emosi anak2, oklah.. Seperti biasa aqil yang lebih emosi. Tak nak pergi sekolah, nak ibu.. Aisyah ok je dia dapat adik. Risau dikorek2 mata adik.. Oh kami baru discaj hospital semalam sebab baby hypo. Dia kan debab, gulanya rendah. Terpaksa masuk nicu. Kalau tak, on the day aku bersalin dah boleh balik. Tapi masuk nicu tu dia monitor gula baby je. Okla.. Cuma kena kerapkan susu badan.

Susu ada.. Think positive. Tapi 3 hari ni kolostrum dulu. Belum susu putih lagi..baby pun tak de masalah sucking cuma kalau tak dapat tangkap, menangis macam kena cubit.. Stress mak kau. Tapi tak pelah. Sabar. Pahala. Ingat tu je lah..

Ok till then bye wassalam. To be continue..

6 comments:

ietams said...

Tahniah su!
Tak sangka pula dah bersalin dahh..
Makin tak sangka semangatnye baby!!!
Tak sabar nak nengok gambar..
Selamat berpantang ye..

nor_farihan said...

Alhamdulillah...tahniah kak su hehe :)

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

tahniah suuuu...welkam to da club..ibu beranak 3 ngeh ngeh ngeh

Allene said...

tahniah... alhmdulillah semua selamat...

IDAZS said...

alhamdulilah. tahniah.. selamat berpantang dan menyusukan baby

~MommyAqilMedina~ said...

Congrats sue..baru dapat tau sue dah bersalin..Alhamdulillah dah selamat..semangat gile baby..mesti tembam..geram nak tengok..hehee..Selamat berpantang Sue..Alahai..nanti turn aida pulak..aduhaii..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails