Tuesday, April 22, 2014

Muhammad Adam nama diberi

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari kesepuluh.. Nama dah siap register. MUHAMMAD ADAM BIN MOHD ZAKI. Simple dan senang dipanggil.. Alhamdulillah tali pusat pun dah tanggal hari ketujuh. Syukur.. Kadang ngeri nak jaga tali pusat dia. Macam sakit je kan. Padahal tak de efek apa pun..

Alhamdulillah adam ni buat masa ni senang dijaga. Cuma first nite kat rumah ampang menangis tak sampai sejam sekali waktu tengah malam. Aku dan mama yang gilir2 berjaga. Memang mencabar betul. Bila dah nak subuh baru dia tidur. Dalam hati aku ni, masaklah kalau hari2 macam ni. Jadi zombie la ibu..

Rupanya keesokkan malamnya, nangis dah berkurangan. Mama pulak dah pergi perlis. Tinggal kami 5 beranak je. Lama juga aku dapat tidur. Hehe.. Rupanya dalam baik ada buruknya. Nurse datang melawat suh bawa baby gi cek jaundis. Patutlah ko tido je ye. Kuning rupanya. Huhu.. Alhamdulillah.. Kuning tak lama. Lepas cek kat hospital hari ahad, doktor kata dah normal dari 8.0--->6.6.. So ibu lega di situ. Tak perlu ulang alik gi klinik. Kena monitor je lah. Berak baby pun dah kuning2.. Susu ibu pun dah makin banyak. Penat dia nak minum. Hehe..

Aku baru stat pam hari keempat hari tu. Dapat 1oz je susu pekat.. Tak pe simpan dulu.. Nanti la pam.. Hehe.. Sekarang ni masalah aku sama macam time aisyah dulu. Ada ketulan kat bawah ketiak, dua2 pulak tu. Banyak biji2. Doctor dah kasi antibiotik. Dia kata breast tissue. Tapi aku masih risau. Sebab macam tak hilang je lagi.. Risau.. Huhu..hope tak de apa2 yang serius. Takut...

Ok till then. To be continue.. Wassalam.

8 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tahniah yea su..Sekejap je dah bersalin rasa cam baru je tau awak pregnant..Alhamdulillah semua selamat dan kita sama2 dah ada 3 anak..:) Selamat menjalani kehidupan anak 3 yea dan selamat berpantang..

ietams said...

ala comelnyaa adam!
geram je nak gomol-gomol..
sedap je pelok budak montel mcm ni

Suliana said...

Tq huda. tu la kejap je kan masa berlalu :-)

Suliana said...

Hehe. Mmg sdp pgg dia. Setongkol je :-)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda pun ada ketulan bawah ketiak tu sue, seketul besar penumbuk keras.. jumpa doc, doc suggestkan buang nanti bila time stabil dan anak tak nyusu dah walaupun tak sakit.... takut2 itu penyebab barah payudara.. ingat nanti nak buang jugak la..

~MommyAqilMedina~ said...

Wahh merah nya baby..Mesti putih ni nanti..COmell!!suka tengok..rasa macam nak gomol!Happy je Aisyah n Aqil dapat adik..Haih tak dapat bayang anak2 aida pulak dapat adik nanti..kuikuikui...

Suliana said...

Hmm takut juga eh. Besar tu.. Su hrp xpyhlah smpi kena operate. Takut. Biar dia hlg sndiri.

Suliana said...

Haah.. ANAK2 su sume merah2. Tp hitam akhirnya. Haha. Hrp sihat je la. Xkisahlah htm ke putih :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails