Friday, April 11, 2014

girlish Aisyah Humairah 2 tahun 4 bulan

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat!! tengahari tadi pegi merayap kat area medan MARA kejap.. cuci gambar yang sebenarnya dah beribu2 tapi tadi cuci 300++ keping je.. dapatlah 35 sen sekeping.. kena tunggu dua jam tapi tak dapatlah nak tunggu. esok lusa lah pegi amik.. ni kira second round cuci gambar. kesian kat aisyah bila belek2 gambar dia dalam album, tak de pulak gambar dari baby.. aqil je yang ada gambar dari baby.. pastu pegi amik baju kurung yang ditempah kat MARA, dah siap dah. hee... terbang duit mak.. tak pelah pejam mata -_-

Minggu depan dah masuk 37 minggu uols.. hmm.. hari isnin ni amik cuti.. pagi ada appointment kat hospital ampang. petang pulak kena jumpa pegawai sains pemakanan kat KK. bawa aisyah sekalilah sebab dia pun dah lama skip timbang.. yelah, asal pegi berat kurang... dah memang gitu beratnya.. tu yang malas nak pegi tu. kalau dapat pegi, pegi. kalau tak dapat, terpaksa skip.. 

Kalau ikutkan adalah dalam seminggu kot aisyah tidur tak nenen.. dia boleh tidur sendiri. tapi 2 malam lepas, sebelum tidur, ntah apa gian kot duk nak selak2 baju. aku baru nak puji bagus aisyah ni faham ibu dia. ibu kata tak boleh nenen terus dia tido. tapi kelmarinlah, dah tangan tu sibuk je menyelak baju ibu. huhu.. baby nak kuar dah ni adik oiii.. udah2 la tu. tak de apa pun. susu dah kering.. hehe..

Lately dia suka nyanyi.. lagu yang dia dapat pun pengaruh dari Aqil.. suka baju princess.. memang girlish la ini budak.. kalau tak de gambar princess dia kata baju tak cantik.. dah dapat pakai, main pusing2 kembangkan baju. hehe. kebanyakkan baju yang ada gambar princess tu pengasuhnya yang bagi.. kat rumah pengasuh ada budak2 girl baya aqil. pengaruh rakan sebaya la tu.. 

Kalau dengan aqil, asyik nak bergaduh je. tengoklah kadang mood baik, main sama2. kadang sampai mood tak baik, asyik nak mengadu je kejenya. kata aqil buatlah, aqil amik lah. haish macam2...

 testing baju

sukanya dia

baju gedobos sikitlah dik. tapi belasah je lah

ni pic masa kat Jusco.. tunggu abang main..

melentok2 ambil gambar..

dapat belon..

Inilah perihal anak dara ku.. kalau dapat main play doh tu, memang dia suka sangat. tapi ibu tak larat nak layan. sebab nanti sepah2.. cebisan2 playdoh tu buat ibu berang. hehe.. sabar lah ye nak. nanti dalam pantang nanti adik duk dengan ibu, ibu beli mainan untuk adik ye. dia bahasakan diri dia adik.. habis tu dalam perut ibu ni panggil apa? adik baby? hehe..

Oklah selamat berhujung minggu kawan2.. hari ahad ni ada perjumpaan ibu bapa kat taska aqil.. apalah yang nak dibincangkan. tentunya pasal anak2 kan.. hmm. oklah.. doakan lah aku bersalin awal ye kawan2.. bye wassalam...

1 comment:

Allene said...

ala comel nya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails