Saturday, April 19, 2014

Pengalaman bersalin anak ketiga part 2

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang aku dah berada di kluang berpantang bersama baby dan aisyah. abang aqil tinggal dengan ayah sekolah ye.. line p1wimax kat rumah ni sangat slow.. Ok sambung balik cerita. selepas delivery, nurse letak atas dada. masa ni kelabu lagi anak aku, dengan lendir2 tu kan.. rambut lebat itu yang aku nampak.. nurse suruh susukan baby sebab gula dia rendah. dah setengah jam tu nurse cucuk kaki dia lagi, sekali tu gula dia makin turun.

so doctor kata admit nicu la sebab takut dia hypo. badannya debab kena minum banyak susu. lagi pun susu aku tak de lagi. ada tapi kolostrum la. bila dah masuk nicu of course la bagi susu fm kan. masa ni aku redha je la sebab aku pun memang  tak larat nak bangun gerak. katil hospital tinggi. nak turun kaki nak kencing pun tunggu waktu melawat husband yang bawa gi toilet.

Nak berjalan ke nicu tu memang taklah kan. nak kayuh wheel chair sendiri pun tak mampu sebab tanganku ada cucuk jarum tu. sakit.. panjang jarumnya.. so dapat direct baby time husband datang je la.. sian masuk nicu tu tengok babies yang halus2 may be tak cukup bulan. yang baby aku ni penuh semangkuk tapi dia just monitor gula. bermalamlah aku semalaman di wad..

Kalau ikutkan doctor pagi beranak, tengahari dah boleh balik. tapi takkan nak tinggal baby kat hospital kan. orang lain tido dengan baby, aku sorang2 je. rindu nak jenguk dia.. tapi tak berdaya. tapi tak pelah aku dapat berehat sekejap sebelum balik rumah..

Husband pun dah keletihan ke hulu ke hilir nasib rumah dekat dengan hospital..      uri bawa balik lenggeng mak mertua dan bidan kampung basuh dan tanamkan. bidan tu cakap ni ramai anak dia ni, dia tengok biji2 darah kat tali uri tu rapat2 dan banyak. hehe.. kalau ikut hasben nak tutup buku dah.. kuikuikui..kalau ikut aku, macam nak sorang lagi kalau boleh nak girl. tengok tetek baby ni terbelah. haha.. percayalah sangat.. tapi tu lah. hajat di hati tu nak 4, tapi kok banyak masalah semasa mengandung.. pikir banyak kalilah dulu.. ni pun dah 4kg lebih... lagi tua lagi berisiko pregnancynya..

Bila dapat tahu pregnant memang seronok. tapi semasa pregnant tu dan hujung2nya sendiri yang rasa, sendiri yang tanggung.. mulalah kata cukuplah tiga je.. semasa kesakitan melahirkan memang nekad, cukuplah tiga.. tapi... bila dah elok sikit, perasaan cukup tu dah goyah dah. haha.. tapi tak pelah, rezeki Allah yang tentukan... sampai masa nak kasi, ada lah. anak2 ni semua pembawa rezeki dan pencen kubur kita nanti. harap2 menjadi anak yang soleh dan solehah.. amiin..

oppsss.. actually masa nak lahirkan baby, nurse tak sempat tengok buku pink tu last scan doc berapa. tu yang dia nampak kepala baby dia kata baby kecik je.. sekali tu lahir2,  timbang 4.19kg.. hehe.. gitu la ceritanya..

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada nurse dan doctor hospital ampang.. kepada suami tersayang tentulah yang paling utama sekali. terima kasih banyak2 ke sana ke mari uruskan hal ibu ni.. jaga anak2 lagi.jaga makan minum ibu ni.. kemas umah etc. minta ampun dan maaf  sekiranya ada kata2 yang menyinggung perasaan abang. biasalah emosi  orang berpantang. teetttt... kepada mama ayah dan mak terima kasih sudi jaga kita dalam pantang.. ni mama cuti seminggu. kepada adik beradik tq sudi masakkan utk kita semasa masa pergi perlis.. kepada kawan2 opis yang sudi melawat dan memberi hadiah untuk si kecil, tq so much. semoga korang dimurahkan rezeki dan lepas ni turn korang plak.. teeetttt :-p

Untuk anak2 ibu aqil dan aisyah.. ibu sayang anak2 ibu walau pun ibu selalu marah korang..nanti sama2 tolong ibu jaga baby ye.. Semoga rumah kita akan lebih ceria dengan kehadiran baby baru ni.. amiin... 

Nanti aku update gambar baby ye. bye.. wassalam

10 comments:

ietams said...

nak tengok gambar baby..
*rindunya bau babyy..huhuhuhu..

Cik Puan Rara said...

Alhamdulillah.seronoknyaaaa.

Allene said...

bersalin ampang ye.. ramai org kata hospital tu, tuk bersalin best. teringin plak nak bersalin kat sana nnt. :P

Ena said...

Tahniah..
kejapnya masa berlalu kan..

tiap kali baca citer orang bersalin mesti meleleh2 air mata.. terharu baca sambil dok terkenang bila la dapat rezeki tu lagi..

Suliana said...

Insylh jika ada rezeki ada la :-)

Suliana said...

Alhmdlh.. Mana2 pun sama je sakit bersalin. Duk spital pun kejap je. Hehe. Tp oklah hosp ampg ni :-)

Suliana said...

Alhamdulillah :-)

Suliana said...

Kan.. Kejap je bau ni. Nnti dh makan mcm2 bau macham.plak. Hehe

nurul aini said...

Alhamdulillah dipermudahkan segalanya kak su..sonok rs.doakan sy pulak ye..semakin hampir..mcm2 dlm pale..heee..

umifarisfarhan said...

Ololo mmg tacing la ibu ni..
lm2 nnt msti fiza rindu nk preggy blk..tttteeett
skrg ni mmg fiza ckp xnak lg haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails