Monday, April 7, 2014

alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin :-) Pagi yang penuh keceriaan. walau pun kat rumah agak angin sebab dak aqil tu meragam pagi ni.. hee.. apalah hariku tanpa ragam anak2 kan. sape lagi nak anginkan ibu dia ni kalau tak aqil :-) pagi ni ayahnya yang masakkan nasi goreng. tq abang.. esok lusa masak lah lagi ye. elok sangatlah tu, praktis before ibu balik kampung berpantang :-)

Lagi satu khabar gembira, ingat tak exam yang hari tu aku cite tu.. alhamdulillah lulus okeh.. ni kalau tengok markah mesti lulus paras2 hidung ni. macam tak caya je lulus. aku pun dah tak ingat sebenarnya dia nak bagitahu result dia dalam bulan April. tup tup dapat message. Alhamdulillah. tengah breakfast tadi masa terima message.. nasib dah habis makan. kalau tak mesti tak selera nak makan. kekeke.. terus segar bijik mata :-) ramai tertanya, so dah lulus jadi apa? tak jadi apa pun.. kena buat report then kena interview.. kalau lepas, dapatlah title Sr. = surveyor. title je lah. setakat ni tak de kenaikan gaji or pangkat yang dijanjikan. huhu.. rumors kata, tengah fight. tapi rumors je lah. huhu. report pun kena buat betul2.. interview paling takut sebab aku ni tak berapa nak confident dalam berkata2. cewah.. 


Lepas tu, terus pegi discussion projek kat sini je.. agak bengang juga dengan sindiran sorang bos tu. ye, aku memang banyak tak tahu.. dia tanya tanya pasal kontrak, aku cakap lah nanti aku refer bos aku. macam dia tak puas hati sebab tak dapat jawapan on the spot. depan kontraktor plak tu.

 "u ni macam banyak tak tahu je"
terkesima kejap. 

"memang la en. XXX, saya baru je pegang nak berjinak2 pegang projek ni, tak sampai setahun pun lagi" - gelak-gelak tapi makan dalam

"yelah, kalau u tak tahu pun, u kena tahu sebab ni task u" 

eh, dah ko tu patut lagi tahulah kan sebab ko dah 48 pun.. lagi2 part dia plak tu.  tersentap kejap. tapi tak pelah, memang aku tak tahu pun. aku kan blur. kalau jawap on paper may be boleh goreng tapi tak delah semua aku tak tahu. adalah benda yang kita tahu dan tak tahu kan. kang kalau jawab kang salah, bagi ajaran sesat pulak.. pastu aku refer bos aku. alah, bukan jauh pun nak pegi. aku ngadulah kat dia.. pastu bos aku cakap, eh meh sini suruh dia jumpa saya.. padahal meeting kat sebelah2 je, tak panggil saya pun. haha. padan muka.. nasib dapat bos yang back up staff.

Tak pelah, adatlah bekerja kan.. learn from zero. bukan semua orang pandai pun kan.. tapi as a senior officer tak perlu lah kerek macamkan ko tak pernah jadi junior. ok bye. wassalam

3 comments:

nor_farihan said...

Alhamdulillah :)

Masya said...

Tahniah.... Menyampah sungguh klu ada org tanya psl kerja.. Lps tu x puashati ckp mcm tu pulak

umifarisfarhan said...

ish ish bengang betul kalo jpe org mcm tu kak sue..fiza phm sbb penah kene..x patut la buat teror mcm tu..hmm mcm2 org..ptt kak sue jawab sindir die balik hahaha
*tetibe fiza yg emo muahaha

btw tahniah akak, dah lulus, rezki baby alhamdulillah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails