Friday, April 4, 2014

4414

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. semalam result BSP is flying colour. hehe.. Alhamdulillah.. ok. xde merah. paling tinggi pukul 10 pagi tu 5.9.. petuanya apa tau, tak makan nasi.. memang menjadi. tengahari tu dah lapar gila, aku makan lauk je tau.. lepas cucuk pukul 8 semalam, terus pegi makan kat JM Beriani kat Tesco. hehe. balas dendam. hehe. tapi lepas2 ni aku kena control la kurangkan karbo dan yang manis-manis.. 

Perjumpaan dengan doktor pakar semalam agak merisaukan.. Dia kata dia tengok perut aku ni macam orang dah cukup bulan. padahal baru 35 minggu. scan uri pun dia kata uri dah tua. huhu. sedih pulak aku cakap dia kata uri aku tua. yelah, aku paham maksudnya uri tu dah matang. baby besar sikit. terms dia Large Gestational Age. aku balik aku tengoklah wikipedia apa maksudnya. huhu.. korang google la sendiri. nak explain pun tak reti.. Doctor asik duk kata betul ke tarikh period awak ni. betul.. aku memang particular sikit bab2 tarikh ni. sebab aku memang catit.. 

So dia kasi appointment kat hospital 14/4 ni.. nak decide kot. actually aku takut juga. aku haraplah kelahiran kali ni biarlah secara semula jadi juga sama macam abang dan kakaknya.. tak nak lah induce ke operate ke.. ketakutan nak bersalin tu terasa2.. camanalah keadaan aku nak bersalin nanti kan.. semoga dipermudahkan.

Lepas dengar doctor cakap macam tu, terus berazam nak kemas beg semualah. sekali tu tidur lagi baik. haha.. weekend ni lah start kemas.. ok bye. nak tidurlah. tengahari ni tak gi mana2 pun.. lepak kat opis je lah. bye. wassalam

2 comments:

Allene said...

semoga dipermudahkan sis

umifarisfarhan said...

smga dipermudahkn segalanya kak sue.. in shaa Allah yakin dan berserah pada Allah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails