Wednesday, April 2, 2014

35 weeks

Assalamualaikum

Hallu April!! Bulan yang ditunggu2.. tak lama. paling lama 5 minggu je lagi cukup 40 minggu. kalau paling awal, 3 minggu je lagi der.. adui.. berdebar ada. cuak pun ada.. camanalah nak lalui proses bersalin kali ni.. Camanalah dugaan sakit kali ni ye.. mudah-mudahan dipermudahkan Allah.. bersalinkan, semua orang sakit kot. ada ke tak sakit. huhu.. untunglah.. rezeki dan bahagian masing-masingkan.. kejap atau lama.. hope sakit tak lama.. think positive..

Macam pagi tadi. seawal pagi aku memang sakit perut. sakit yang nak genggam tangan pun tak daya. aku konfius, ni sakit nak beranak ke nak berak ni. haha.. sekali tu, masuk bilik air, siap melabur semua.. still sakit lagi.. hmm may be makan banyak, lepas tu tidur mengiring belah kiri, terhempaplah usus besar tu, tu yang sakit perut nak terberak agaknya. haha. now dah ok dah..

Sian aqil hari ni tak sempat nak masak nasi goreng. makan nasi putih dan ayam goreng je.. ayahnya yang goreng. semalam dia kata hari-hari nak makan nasi goreng ibu. ibu masak sedap. iyolah tu.. tapi ibu dah penatlah hari2 bangun masak nasi goreng.. kadang tu bekalkan roti je kat sekolah. tu pun balik komplen. hari jumaat je lah yang ibu free sikit. tadi pun dah punch lambat, 8.04 minit.. sebab memerutlah kot lama sangat. haha..

Semalam, aku goreng ayam tu memang dua ketul pastu dia tanya kenapa ibu goreng satu je. ibu goreng dua lah. dia kata ayam goreng tu berjalan kot. hmmm.. ntah-ntah kawan dia amik. tapi aku tengok sisa bekal dia tu, memang tulang ayam tu satu je. ke mana merayap ayam goreng tu ye. sian anak ibu dapat makan satu je. hehe..

Minggu ni tak mengaji seminggu. tok guru tak sihat dan ada program pulak. tak pelah, biar ibu ajar. nak ajar baca buku pulak. nampak gaya macam tak reti baca lagi.. matematik tu kira oklah dah boleh kira pakai jari. tapi kena polish betul2 la.. naik darjah satu kena lancar semua tu. kalau tak, ketinggalan nanti.. 

Oklah, dah petang. nak balik dah.. tadi sorting gambar yang nak dihantar cuci. gambar aisyah tak de lagi dalam album. sian aisyah. hehe. banyak gila. tadi dah sort dan buang2 pun dah hampir 300 keping. ada yang buat collage nak print 5R atau 8R. tengoklah yang mana cantik.. 300 keping tu baru separuh tau, belum masuk umur 2 tahun ke atas lagi.. tak pe, slow2 nanti kita tapis lagi. print yang mana cun je. hehe..

Ok. esok ada check up dengan doktor pakar waktu petang. ntah berapa kilo lah adik baby ni. hope everything okay.. ok bye. wassalam..  


1 comment:

nurul aini said...

dah nk smpi penghujung dah kak..almk sy pulak yg terasa nih..moge smue slamat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails