Friday, March 28, 2014

susu kambing

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang barokah :-) melepaskan lelah kejap kat blog ni :-) baru balik dari area SOGO sana. tapi bukan pegi sogo.. lalu je.. nak cari susu kambing sebenarnya. Jumpa pulak kawan2 lama kat opis lama.. makan-makan then gerak ikut haluan masing2.. actually nak je follow diorang balik ofis tapi aku rasa macam tak larat pulak. berat badan ni.. huhu.. sebelum keluar opis tadi memang dah 50-50 nak kuar ke tak. tapi tak pelah, sedapkan hati kalau jalan2 mudah bersalinnnya nanti. gitu...

So, dapatlah apa yang dicari. actually nak cari tablet susu kambing. boleh makan macam gula-gula.. tapi tak jumpa.. mengikut bacaan aku cosway ada jual tablet susu kambing tapi tak sedap. yang diorang duk kata best ialah tablet susu kambing jenama HR.. tapi cari tadi tak jumpa. akak kedai tu kata tak berapa nak dapat sambutan kalau dia jual tablet tu, tu yang dia tak supply dah.. hmm.. terpaksalah juga beli yang sachet tu..

Hoih mahal la pulak ye susu kambing ni. sekotak tu RM 42, tu dah offer dah tu.. ada 15 sachet je.. sekali minum jatuh RM 2.80.. tak pelah, beli je lah. usaha ni nak elak anak kena kuning lahir2 nanti. orang minum awal2, ni dah hujung2 baru nak minum. hehe. aku dah 34 weeks dah semalam :-p harap2 sempat lah habiskan susu kambing ni. 

Aku tak minum susu untuk ibu mengandung tu.. satu sebab gulanya tinggi.. pastu malas nak bancuh. nak senang beli susu HL.. minum sejuk2 adalah sedap. hehe.. eh pregnant kali ni memang kuat betul minum ais..  tak pe ke eh orang mengandung minum ais.. hehe.. pagi je buka peti ais dapat minum air sejuk peel fresh pun ok.. pastu sarapan beli milo ais pulak.. air pun kuat minum.. sebelum tidur, tengah malam bangun minum, bangun pagi pun minum juga. tu yang pundi kencing berat memanjang.. bila tengah malam tu dapat bangun kencing, wah rasa lega gila..  hehe..

Oklah ni dapat sejukkan badan depan kipas nak gi solat jap.. bilik ni memang tak terasa ekonnya.. dapat pulak mak yong.. panas memanjang.. okay. selamat hujung minggu.. habis dah minggu yang selesa sebab minggu depan dah start jammed balik orang dah sekolah.. aku dah bawa keta dah gi opis sekarang. tak naik motor dah. terpaksa bangun lebih awal atau masuk opis pukul 830-530. tengoklah mana yang sempat..

bye. wassalam.. 


7 comments:

~MommyAqilMedina~ said...

Huhuhu..susu kambing aida tak boleh minum langsung hari tu..baru nak minum dah nak termuntah..kuat betul bau nya..aida beli jenama HR la jugak..tapi hari tu beli baru RM25 kot..huhuhu...Tapi akhirnya Medina kena jugak kuning..tapi tak tinggi..letih jugak ulg alik klinik amik darah..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda mkn tablet susu kambing cosway, rasa mcm sedap jek, anak pun suka mkn mcm gula2.. lain org lain rasa kot.. :)

Suliana said...

murah tu aida rm 25.. tak pelah kita usaha je lah kan. mana tahu ada berhasil :-)

Suliana said...

ye ke. ok nanti boleh try la. mana tahu su rasa ok plak kan. hehe

nurul aini said...

Brand HR tu yg mn 1 kak?yg hi goat kotak kaler hijau 2 ke?asal mhl sgt ek.rs mcm rm25 je.harga asal dlm 28 kot.sy bli yg + kurma dlu.dlm 30 je kot.kat kdai jamu bwh maju 2..blh tawar2 kat situ..

Nur M. said...

Asslm. Kalau berminat nak membeli susu kambing (tepung) pek 1kg@500g, boleh ke www.facebook.com/iskagenpenang. Selain rasa sedap, menyelerakan & wangi, produk ini dijual dengan harga jauh lebih murah. :)

susu kambing kl 0122331147 said...

salam.terbukti susu kambing mempunyai banyak khasiat penawar penyakit.sesiapa nak carik susu kambing segar boleh call saya no 012-2331147 saya hantar delivery di sekitar KL.nak susu segar pun ada,info lanjut layari http://susukambingkl.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails