Thursday, March 13, 2014

stresssssssssssssssssssssssssssssssssssss

Assalamualaikum..

13/3  : Happy Birthday to my eldest sister kak long yang ke 33 tahun.. May Allah bless you always.. Semoga dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan beranak pinak :-)

Today, dah 32 minggu tau.. dah hampir meniti hujung2 hari ni, rasa laaaamaaanya nak tunggu baby ni keluar. dan minggu ni aku rasa lama nya nak rehat2.. penat sangat.. stress pun ye juga. rasa nak marah je. bila kita penat, kita marah.. anak2 la yang jadi mangsa. tapi memang patut pun sebab diorang ni kaki sepah sekarang ni. aku pun tak boleh dengar bising2 ni.. main2 memekak2 bergaduh2 ni.. bengang.. last2 aku amik tali pinggang acah diorang barulah diorang kutip apa yang diorang buat sepah tu.. kadang aku terpikir juga, aku ni terjerit2 sekali tu terkeluar budak dalam perut ni camana. haa.. haru jugak kan..

Barang baby ke barang aku ke, semua tak siap2 kemas lagi. esok aku cuti. tapi pagi tu aku pegi minum air gula dulu second round. dah daftar online sekolah aqil tahun 2016 nanti. nak kena pegi sekolah juga dalam tempoh 14 hari tu.. baru sah pendaftaran tu. gitu. banyaklah kejenya..

Lagi satu stress juga kt tempat kerja. Pengarah baru aku ni payah gila nak sign benda. padahal benda tu dah memang macam tu. kena explain kat dia gitu gini. tapi masih juga tak nak sign. padahal norm kerja nya memang macam tu. siap ada circular lagi masih nak pertikaikan. macam ni tak jalan lah kerja aku asyik pending je. asyik "SILA CAKAP". siap bos aku dah turun explain pun masih tak lepas. nak ikut cara dia ke apa. bosan betul.. pening kepala aku camana nak explain kat orang tua ni.. nampak gayanya tak tutup akaun lah aku...

Ikutkan dulu2 aku tak pernah amik cuti before bersalin. tapi kali ni nampak gaya macam nak cuti awal je. tapi rugilah ek.. kot2 lambat lagi ke aku nak bersalin.. cuti dah awal dah. nak tenangkan fikiran ke.. eceh.. hmm nanti sakit kat rumah tak de sape nak tolong weih.. tak pelah, just ikut flow je lah.. bertahanlah diriku..

Ok bye. wassalam..

2 comments:

nor_farihan said...

takmau stress2 kak :)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ibu jgn stress sgt, org tua2 kata nnti anak kuat nangis.. (taktau la betul ke dak)..hehehe
kalau amik cuti awal, nnti lepas bersalin dgn baby, lagi2 rasa nak tambah2 cuti malas nak dtg opis balik tambah dah 3 bulan dok umah, time tu leh tambah cuti.. :)
take care ek sue..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails