Wednesday, March 26, 2014

ragam anak

Assalamualaikum..

Penantian semalam berakhir dengan kecundangan.. result malam tadi spoil.. 8.2.. merah terus rekod aku. huhu. tulah, petang tu pukul 6 buat jemput-jemput dan teh o.. pastu tak makan2 dah. sebab sejam sebelum tu kena puasa kan.. so nurse cakap tunggu doctor cakap apa. selalunya doctor advice BSP seminggu sekali. tapi appointment semalam, aku dua minggu sekali. oklah tu. 

Ok ni nak kongsi cerita anak2 bertuah ni. dah lama tak cerita perkembangan diorang. ye ke dah lama. asyik cerita pasal emosi je. asyik kena marah je kan. sian anak2 aku. hehe.. Semalam lepas gi klinik, terus ke Tesco  Ampang.. sebab susu aisyah dah habis dan nak beli air zam zam kat kedai arab dalam tesco tu.. ha kalau korang nak cari air zam-zam tak tahu kat mana nak beli, dalam tesco tu ada kedai jual al- Quran. dia jual sekali air zam-zam. sebotol mineral 500ml tu RM 10. beli dua dapat RM 15. kalau botol 10 liter dalam RM 90. tak boleh kurang. so semalam aku beli yang 10 liter sebab adik ipar nak sekali. share lah kami..

Hajatnya nak beli yang itu je lah, susu dan air zam-zam.. sekali round2 dalam tesco, aqil nak kasut superman ada lampu, aku dan hasben beli selipar jamban nak bawa gi solat kat opis.. amik itu ini, capailah RM 200++.. huhu. tak pelah.. pejam mata jelah.. itu jelah tujuan kerja kan, dapat gaji spend untuk family. tu pun nasib baik aisyah tak minta kasut princess ke apa.. hehe

ni aqil suruh amik gambar kasut dia. tadi pagi beria nak pakai pegi taska.. dah pakai, tengok2 terbalik pulak dia pakai kasut. huhu.. hari ni dia ada program Jom Solat kat tadika dia.. pakai songkok bagai.. cuti sekolah ni, selalu dialah nombor satu sampai. tak ramai budak transit tapi adalah kawannya.. semalam marah ayahnya amik awal balik taska sebab tak sempat nak main kat taman. terpaksalah hantar balik ke taska, pukul 6.30 petang baru amik. huhu..

ini buah kundang beli kat tesco semalam.. manis wooo.. tapi hasben aku tengok dia kata dah kembang2 dah pipi.. serius tak masam. harga boleh tahan mahal juga, jatuh singgit sebijik.. hari tu lah budak2 ois duk menyebut musim buah kundang, tiba2 ada pulak kat tesco, belilah.. dapat rasa jadilah kan. hehe. macam2 lah mak yong ni.. 

ni lah kerja anak2 aku tiap2 petang. mana lah ibu dia tak menyinga.. tapi tak larat nak jadi singa dah.. lantak pi lah.. adalah ketua dia si aqil la tu.. adik, jom kita main.. amik payung, amik bantal susun2.. baring bawah payung tu.. minum air dan makan sambil tengok tv. boleh macam tu? musim panas kot ko nak berpayung dalam rumah.. pas main, tinggal.. aku senang je, sape tak kemas, ugutlah tak boleh pegi kedai, tak boleh susu. hehe..

bawah payung ben 10 tu ada aqil.. bersepah rumah ku.. ni lah tempat lepak2 kami.. apa2 pun lepak kat ruang tamu depan tv. orang datang barulah kelam kabut nak kemas.. hehe.. 

dua beradik ni juga tukang sibuk.. ni kek latest yang aku buat.. permintaan dari pengasuh aisyah nak sambut besday dia. dia peminat setia kek red velvet aku. tapi aku bagi jelah tak payah bayar, malas nak kira2 sebab dia pun kadang petang hantar lauk lah, kuih la.. bagi mainan dan baju untuk anak2 aku.. aku buat satu untuk rumah ku, takkan amik bau je kan. hehe.... 


anak dara ni dah pandai suka baju princess. memang berhati wanita betul.. suka princess. ni baju ni duk ulang2 pakai. ni pengasuh dia bagi.. bila dapat pakai, kembang2 hidung dia. pusing depan cermin. tolonglah.. samalah juga pusing2 kalau dengar lagu Frozen yang marsya nyanyi tu 'bebaskan" atau dalam english 'let it go'. very the anak dara.. hehe.. pandai main sorang. kalau aku tido dia tak kacau. dia panggil ibu ibu. last2 dia tidur sekali.. pandai berdikari. banyak mulut dah.. yang manja terlebih ialah abangnya aqil. konfius i.. anak sulung memang manja lebih kot. lebih2 lagi lelaki. 

aisyah dan aqil bersama danish.. comotnya baju aisyah lepas makan aiskrim.. suka budak2 ni kalau danish datang. aku je risau takut mata danish kena korek dengan dak aisyah ni. hehe.. dia suka budak tapi terlalu excited risau jugak.. 

abang aqil dah naik iqra' 3 dah kelmarin. tapi kena polish dan refresh betul2.. kalau tak, memang mudah lupa.. semoga anak2 ku terang hatinya menerima ilmu yang bermanfaat..

okey tu je nak cite kisah dan ragam anak2.. kisah apaknya tak payahlah cerita ek. hehe.. biarlah ibunya saje yang tahu. cewah.. haha.. ok dah gaji ni banyaklah nak transfer in and out duit gaji. tiba2 rasa bertenaga nak ke sana ke mari. cewah. haha.. baju raya dah siap tempah tinggal nak spare duit je nak bayar kat kedai. huh.. nangis.. oklah. bye kawan2.. wassalam...

7 comments:

Allene said...

da start iqra da... bgus abg...

Rizziela said...

comelnyer bb

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

8..?? dah bahaya dah tu.. doc ckp, kalau kita ada diabetes in pregnancy, akan dtg dah tua ada potensi untuk kena diabetes.. so, kena jaga mkn manis2 dr skrg.. nyampah kan..?? hahaha..
tp linda dah stat gak beringat.. huhuhu
bgus aqil dah iqra' 3, ilham dah darjah satu pun iqra 4 tergedek2, tu pun pantang rehat sminggu ke, sure berterabur lupa, mcm tahap nak kena ulang ke alif ba ta balik, tu yg mak nak memetir jek tu..

Suliana said...

dah start lama cuma merangkak :-)

Suliana said...

tq.. anak sedara tu :-)

Suliana said...

haah.. mcm tu la yg doc ckp.. kena kawal la pemakanan kita. huhu..

yg iqra' tu semua budak2 mcm tu kan. kena hari2 refresh baru ingat. ni ingat nak main je :-p

~MommyAqilMedina~ said...

Seronoknya Aqil dapat kasut baru...Aqil aida pon meragam nak kasut Spiderman kat Jusco..tapi tak beli lagi jugak..hehee..tang payung tu cute je tengok..dah besar2 anak Su..Aqil aida tak mengaji lagi..haih..bile lah nak pandai macam Aqil su..dah sampai Iqra' 3 pn..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails